Biografi ini adalah permintaan daripada seorang akhi. Tetapi biografi seorang pendebat Islam terkenal dan tiada tandingan abad ini iaitu Ahmad Deedat.
Ahmad Deedat dilahirkan di Surat, India, pada tahun 1918. Beliau tidak dapat kekal bersama dengan ayahnya sehingga tahun 1926. Ayahnya adalah seorang penjahit, akibat dari profesionnya itu telah berhijrah ke Afrika Selatan tidak lama setelah kelahiran Ahmad Deedat.
Tanpa pendidikan formal dan untuk menghindari dari kemiskinan yang amat larat, Ahmad Deedat telah pergi ke Afrika Selatan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik bersama ayahnya pada tahun 1927. Perpisahan Deedat dengan ibunya pada tahun kepergiannya ke Afrika Selatan untuk menyusul ayahnya itu adalah saat terakhir ia bertemu ibunya dalam hidupnya kerana ibunya telah meninggal dunia beberapa bulan kemudian (dari tarikh penghijrahan Deedat bersama ayahnya ke Afrika Selatan).
Di negeri
yang asing, seorang anak lelaki kecil berusia 9 tahun tanpa berbekal
pendidikan formal dan penguasaan bahasa Inggeris telah mula menyiapkan
peran yang harus dimainkannya berpuluh-puluh tahun kemudian tanpa
disedarinya.
Dengan ketekunannya dalam belajar, anak lelaki kecil
tersebut tidak hanya dapat mengatasi hambatan bahasa asing, tetapi juga
unggul di sekolahnya. Kegemaran dan hobi Deedat dalam membaca telah
menolongnya untuk memudahkan dirinya mendapatkan promosi pendidikan
sehingga beliau tamat pendidikan pada darjah 6. Kekurangnya pembiayaan
pelajaran menyebabkan sekolahnya tertunda dan di awal usia 16 tahun
untuk pertama kalinya ia bekerja dalam bidang retail.
Yang
terpenting sekali adalah pada tahun 1936, sewaktu beliau bekerja di
kedai / toko Muslim berdekatan sebuah sekolah menengah Kristian di
pantai selatan Natal. Penghinaan yang tidak henti-henti dari siswa
Misionaris menantang Islam selama kunjungan mereka ke toko Muslim telah
menanamkan keinginan beliau yang membara untuk melakukan aksi
menghentikan propaganda Kristian yang salah itu.
Mempelajari Kitab Bible
Ahmad
Deedat telah berjaya menemukan sebuah buku berjudul Izharul-Haq yang
bererti mengungkapkan kebenaran. Buku ini berisi teknik-teknik dan
keberhasilan usaha-usaha umat Islam di India yang sangat besar dalam
membalas gangguan Misionaris Kristian selama penaklukan Inggeris dan
pemerintahan India. Secara khusus, idea untuk menangani debat telah
berpengaruh besar dalam jiwa dan diri beliau. Beliau juga turut
menghafaz Al-Quran sehinggakan beliau digelar Al-Hafiz.
Beberapa
minggu setelah itu, Ahmad Deedat membeli Injil pertamanya dan mula
melakukan debat dan diskusi dengan siswa-siswa misionaris. Ketika siswa
misionaris tersebut mundur dalam menghadapi argumen balik Ahmad Deedat,
secara peribadi telah memanggil guru teologi Kristian kepada siswa-siswa
misionaris untuk berdebat bersamanya, bahkan pendeta-pendeta Kristian
di daerah tersebut juga turut diajak berdebat bersama Deedat.
Dakwahnya
Keberhasilan-keberhasilan
ini telah memacu Ahmad Deedat untuk berdakwah. Bahkan perkahwinan,
kelahiran anak dan persinggahan sebentar selama tiga tahun ke Pakistan
sesudah kemerdekaannya tidak mengurangi keinginannya untuk membela Islam
dari penyimpangan-penyimpangan yang memperdayakan hasil dari para
misionaris Kristian yang tidak bertanggungjawab.
Dengan semangat
misionaris untuk menyebarkan agama Islam, Ahmad Deedat telah membenamkan
dirinya pada sekumpulan kegiatan lebih dari tiga dekad yang akan
datang. Beliau memimpin kelas bagi matapelajaran Injil dan memberi
sejumlah kuliah ilmu. Beliau mendirikan As-Salaam, sebuah institut untuk
melatih para pendakwah Islam. Ahmad Deedat, bersama-sama dengan
keluarganya, hampir seorang diri mendirikan bangunan-bangunan termasuk
masjid yang masih dikenali sehingga saat ini.
Ahmad Deedat adalah
anggota paling awal yang menganggotai Islamic Propagation Centre
International (IPCI) dan menjadi Presidennya, sebuah posisi yang
dipegangnya sampai tahun 1996. Ia menerbitkan lebih dari 20 buku dan
menyebarkan berjuta-juta salinan secara percuma. Ahmad Deedat mengirim
beribu-ribu materi kuliah ke seluruh dunia dan mendebat dengan
pengabar-pengabar Injil pada debat umum. Beribu orang telah memeluk
Islam atas rahmat Allah serta hasil usahanya yang tidak pernah mengenal
erti penat lelah.
Antara perdebatan beliau yang hebat ialah
perdebatan dengan Paderi Josh McDowell bertajuk ‘Benarkah Nabi Isa
disalib? dan paderi Jimmy Swaggart bertajuk ‘Adakah Injil kalam Allah?’.
Antara karya beliau yang masyhur ialah seperti :
1. ‘The Choice Between Islam Christianity’
2. ‘Is the Bible God Word?’
3. ‘What is His Name?’
4. ‘al-Quran, The Miracles of Miracles’.
Sebagai
penghargaan yang tertinggi untuk prestasinya yang bersejarah itu,
beliau telah dianugerahkan penghargaaan antarabangsa dari Raja Faisal
pada tahun 1986. Penghargaan bergengsi yang sangat berharga dalam dunia
Islam.
Akhir Hayat
Sisa
sembilan tahun usia hidupnya, Ahmad Deedat hanya boleh berbaring di
tempat tidurnya di Verulam, Afrika Selatan. Dan akhirnya pada 8 Ogos
2005, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah
menderita sakit dan kelumpuhan hampir 10 tahun lamanya akibat terserang
strok di rumahnya di Trevennen Road di Verulam, provinsi KwaZulu-Natal,
Durban.
Ribuan orang dari seluruh Afrika Selatan menghantar
jenazah beliau ke tempat peristirehatan terakhirnya. Keranda yang
membawa tokoh cendiakawan muslim ini ditutupi kain berwarna hijau dan
diusung dari tempat kediamannya di Verulam, Afrika Selatan untuk
disolatkan di Masjid Wick Street. Solat jenazah itu diikuti oleh sekitar
1000 orang jemaah dipimpin oleh ulama terkemuka asal Zambia Mufti
Ismail Menk. Setelah itu jasadnya dimakamkan di pemakaman umum Islam di
Verulam.
Beliau dikenal sebagai pejuang dakwah. Usahanya dalam
dakwah berhasil meningkatkan status warga muslim di Afrika Selatan,
namanya dikenal juga dikenal oleh komuniti muslim di
Asia.
Dr. Zakir Naik dengan Sheikh Ahmed Deedat
Moga Allah menempatkan beliau di kalangan para nabi, orang-orang soleh dan syuhada.