Rasa masin air laut sebenarnya adalah berpunca daripada kandungan bahan kimia dan pelarut garam yang terdapat di dalamnya.
Kebanyakkan garam yang larut 
adalah berpunca daripada proses pemecahan batu-batu igneus kesan 
daripada perubahan cuaca dan hakisan.
Bahan-bahan mineral ini kemudiannya akan dibawa ke laut apabila hujan turun.
Mengikut sejarah, hujan pertama 
yang melanda dunia lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu menyebabkan 
proses pemecahan batu-batan.
Kemudian, ia akan terus diangkut ke sungai dan laut oleh aliran hujan sehingga menyebabkan tahap kemasinan air laut bertambah.
Selain itu, terdapat juga garam semula jadi di bahagian dasar laut yang terhasil kesan proses pereputan.
Para saintis menganggarkan air laut secara keseluruhannya mengandungi lebih kurang 50 kuadrilion tan garam.
Sekiranya bahan pelarut itu 
dapat dikeluarkan, ia akan membentuk sebuah permukaan tanah yang 
mencapai ketebalan kira-kira 500 kaki dengan ketinggian seperti bangunan
 40 tingkat.
