Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat penting.
Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana
apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah
sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan. Sabda Rasulullah
mengatakan: · “Alhajju Arafat” (Haji itu wukuf di Arafah).
Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih
mendalam. Masih dalam istilah ‘muallaf’. Semasa dia berada di situ, dia
telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu:
Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahwa aku bersumpah bahwa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.
Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan
ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia
bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu juga dia telah
diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan.
Setelah selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam
neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu
daripada pintu-pintunya. Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya
tadi datang dekat pintu neraka tersebut. Tetapi mereka tidak sanggup
rupanya. Malaikat azab telah berada di situ. Semua malaikat itu
menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut.
Tapi sanggup rupanya. Kemudian dia pun pergi ke pintu lain. Para
malaikat itu tetap berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi
tidak berjaya kerana batu mengikut ke mana saja dia pergi. Akhirnya
habislah ketujuh pintu neraka didatanginya.
Para malaikat yang bertindak akan menyiksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di pintu neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya kerana ada batu yang mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi lelaki itu daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang ketujuh.
Di situlah Allah berfirman yang bermaksud : ·
Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di
padang Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan
menyia-nyiakan hakmu sedangkan aku telah menyaksikan bunyi ‘syahadat’
yang engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga.
Sebaik saja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga
itupun terbuka lebar. Rupanya kunci syurga itu adalah kalimat syahadat
yang diucapkannya dahulu. WaAllahu ‘alam.
sumber: http://www.fadhiri.com