Pages

Pages

23 March 2013

Keluarga Terbesar Di Dunia Iaitu 39 Isteri 94 Anak 33 Cucu


      Ziona Chana seorang lelaki dari Baktawang, Mizoram, mempunyai 39 isteri, 94 anak dan 33 cucu. Memang hebat, keluarga besar ini tinggal di sebuah rumah agam (Mansion) yang mempunyai 100 buah bilik, kalau dilihat dari rumah agam tersebut dah nampak macam rumah flat.

Isteri-isterinya akan menunggu giliran untuk tidur bersamanya, dan ketika makan malam, mereka memerlukan sehingga 30 ekor ayam sebagai antara santapan yang akan disajikan.

“Saya adalah antara lelaki yang betuah di dunia kerana menjadi ketua rumah kepada keluarga yang sangat besar ini,”


Dia pernah berkahwin dengan 10 orang dalam masa satu tahun, menurut Ziona, dia cenderung untuk menempatkan bilik tidur isteri mudanya berdekatan dengan biliknya dan isterinya yang sudah lanjut usia akan ditempatkan di bilik yang jauh.

Encik Ziona dikatakan masih lagi mencari isteri yang seterusnya, dan dijangka akan mempunyai keluarga yang lebih besar daripada sekarang.


Menurut salah seorang daripada anak Ziona, bapanya cenderung untuk megahwini wanita yang miskin di kampung mereka, untuk membantu dan menjaga mereka.


Ziona dikatakan mengikut jejak langkah bapanya yang mempunyai isteri yang banyak dan keluarga yang besar, ia lah, di mana lagi nak tumpah kuah kalau tidak ke nasi, perghh..

Apa-apa pun Tabik Spring dengan encik Ziona kerana mampu untuk menjaga dan menampung keluarga dia yang sangat besar itu.

//--http://www.beritanisma.com | +Mencari Sinar KasihMu..