Subhanallah... 
Ini merupakan kejadian yang aneh, unik dan di luar jangkauan fikiran 
manusia. Kisah nyata ini berlaku di NIGERIA, telah lahir seorang anak 
bayi membawa naskah kecil Al-Quran dari rahim perut ibunya. Begitulah 
kehendak Allah swt, untuk menguatkan iman hambanya... Pada hakikatnya, 
TIADA yang aneh dan pelik, jika Allah mengkehendaki sesuatu itu terjadi.
Sebelum ini banyak kita mendengar kisah bayi yang dilahirkan mempunyai 
tanda-tanda keagungan Allah SWT antaranya tulisan kalimah tauhid di 
bahagian betis bayi. Kini satu kejadian menakjubkan telah berlaku di 
mana seorang bayi telah dilahirkan bersama sebuah al-quran kecil.
Bayi ini diberi nama Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo
 oleh sorang ulama' yang dikenali sebagai Ustaz Abdul Rahman. Bayi ini 
telah selamat dilahirkan pada 7 mei 2012.
Para ulama di sana telah menasihati ibu bayi tersebut bahawa bayinya 
bukanlah seorang nabi walaupun ia lahir dari rahimnya sambil memegang 
Quran. Akan tetapi ia merupakan suatu kehendak Allah S.w.t yang mana bayi 
itu dilahirkan dalam keadaan yang sungguh menakjubkan.
Selain ulama Ustaz Abdul Rahman yang hadir, terdapat juga ulama lain 
antaranya Sheikh Abdulraman Sulaiman Adangba,Ketua dari Komuniti 
Nasrulifathi,Ustad Alhaji Abdullahi Akinbode,dan Dr Ramoni Tijani dari 
Komuniti Islam Alifathiquareeb.
Kuasa Allah SWT dan hidayah dariNya, ibu bayi ini telah memeluk agama 
Islam pada 13 Mei 2012. Kini ibunya baru sahaja berusia 32 tahun dan 
telah menukar namanya dari Kikelomo Ilori kepada Sherifat.
kredit: http://bm-muttaqien.blogspot.com/
