Pada 14 Disember 2008 lalu, berlaku suatu kejadian yang amat memalukan tetapi sebenarnya amat dinanti-nantikan oleh umat Islam. Muntazar al-Zeidi telah menjadi terkenal sekelip mata apabila membaling sepasang kasutnya ke arah George Bush.
Tindakan
itu membuatkan hadirin pada sidang media berkenaan gempar dan agak kecoh.
Kejadian itu paling tidak disangka-sangka kerana ia dilakukan oleh wartawan
bukannya orang awam.
Dalam kejadian itu, Bush amat bernasib baik kerana mampu
mengelak kasut Al-Zeidi yang sedang terbang.
Keupayaan
Bush mengelak kasut al-Zeidi amat mengkagumkan, ini membuktikan Bush seorang
yang peka dengan keadaan di depan mata dan tidak hanya tunduk melihat teks
ucapan. Kepekaan Bush ini mungkin disebabkan pengalamannya sewaktu menyertai Texas Air National Guard pada
1968.
Kesan
daripada insiden itu, Muntazar telah menjadi terkenal dalam masa kurang 24 jam.
Berikut ialah beberapa kesan daripada tindakan berani Muntazar Al-Zeidi:
- Masyarakat Arab menggelarkannya sebagai hero Arab terutamanya akhbar-akhbar internet.
- Seorang rakyat Palestin bernama Ahmad Salim Judeh, 75 tahun menawarkan Al-Zeidi anak perempuannya untuk dijadikan isteri. Ahmad Salim mengatakan Al-Zeidi adalah wira rakyat Arab dan dia sememangnya pilihan yang layak untuk anak perempuannya.
- Seorang jutawan Arab Saudi menawarkan Riyal 10 juta untuk membeli kasut Al-Zeidi yang digelar sebagai “Freedom Shoes”.
- Sebuah kumpulan blogger di internet yang menggelarkan diri mereka“George Bush Shoe Thrower Muntazar Al-Zeidi” telah berjaya mengumpul ahli penyokong Al-Zeidi sebanyak 1000 orang dalam masa kurang 48 jam. Slogan kumpulan ini ialah “Damn he missed … but he is still a hero.”
- Dan yang paling memeranjatkan, beberapa syarikat dan individu telah mencipta ‘permainan game’ berasaskan lontaran kasut ke arah Bush. Permainan ini boleh dimain secara online atau offline dan ada juga mengeluarkannya secara komersial.
Kemunculan permainan online membaling kasut ke arah Bush
Bush’ Shoe Dodge - permainan
ini memerlukan anda mengawal pergerakan badan George Bush apabila beliau
dibaling kasut. Sekiranya kasut mengenai dahinya lebih dari 3 kali permainan
dikira tamat.
Sock and Awe - Dalam permainan ini anda bertindak sebagai
Muntazar Al-Zeidi sebagai pembaling kasut. Sasaran anda ialah kepala George
Bush. Anda perlu menepati sasaran dalam jangka masa yang ditetapkan.
Bush’s
Boot Camp - Dalam
permainan ini, anda bertindak sebagai polis atau penembak kasut. Anda
dikehendaki menembak kasut yang dibaling ke arah George Bush.
(Klik pada tajuk game untuk
bermain secara online)
George
Bush juga bernasib baik kerana Al-Zeidi membaling kasut bukannya membaling bom.
Jika ketika itu Al-Zeidi membaling bom, maka tarikh kematian Bush akan sama
dengan tarikh kematian presiden pertama Amerika Syarikat iaitu George Washington.
Beliau mati pada 14 Disember 1799 .
Jika
George Bush ditakdirkan mati pada 14 Disember 2008, ia juga dikira sesuai kerana pada
tarikh itu semua pertubuhan pencinta haiwan menyambut ulangtahun hari monyet
atau dikenali sebagai Monkey Day. Maka setiap kali tiba hari Monyet maka
masyarakat dunnia akan teringatkan Bush.