Filem ke-4 dari Jerry Bruckheimer ini menampilkan satu kelainan dalam corak misi jalan cerita. Skrip asal filem ini berasal dari novel bertanjuk On Stranger Tides tulisan Tim Powers.Kemudian olahan novel ke bentuk skrip dilakukan oleh Ted Elliott dan Terry Rossio.
Filem yang
menelan belanja USD250 juta dollar ini mencapai anugerah Box Office yang
mencatat keuntungan sebanyak $1 billion bagi kutipan seluruh dunia.
Kesepakatan Ulama Bahawa Khidir Tidak Mati dan Berumur Panjang
Nabi
Khidir a.s. Sememangnya berumur panjang dan masih hidup sehingga sekarang.
Walaupun ada sebahagian ulama’ masih mempertikaikannya tetapi majoriti
ulama-ulama muktabar seluruh dunia semenjak zaman tabiin bersepakat bahawa Nabi
Khidir masih hidup.
Imam
Nawawi dalam kitab syarahnya menyebut;
”Sesungguhnya
telah berlaku perselisihan di kalangan ulama’ mengenai hidupnya Khidir a.s.
Kebanyakan ulama’ berpendapat bahawa Khidir itu masih hidup lagi wujud di
persekitaran.
Tambah
Imam Nawawi lagi, ”Pendapat ini telah disepakati dikalangan ulama’-ulama
Tasawuf, para soleh dan ahli-ahli ma’rifat (wali Allah). Cerita-cerita daripada
mereka bahawa mereka pernah melihatnya, bertemu dengannya, mengambil ilmu
daripadanya, bersoal-jawab dengannya dan cerita-cerita tentang kewujudannya di
tempat-tempat yang mulia dan di persekitaran yang baik, terlalu banyak untuk
dihitung dan terlalu masyhur.” (Tahzib Asma’ Wa al-Lughaat, jilid 1/176, Syarah
Sahih Muslim jilid 10/135-136).
Manakala
seorang ulama Tafsir, Abu Ishak al-Tha’labi berkata, ”Ada sesetengah ulama berpendapat sesungguhnya
Khidir tidak akan mati melainkan hanya pada akhir zaman aiaitu ketika
diangkatkan al-Quran. (Fathul al-Baari, Jilid 6, ms 310)
Imam
al-Yafie menegaskan dalam kitabnya, ”Apa yang aku telah sebut bahawa
Khidir masih hidup merupakan pendapat yang juga telah diputuskan kebenarannya
oleh para wali Allah dan telah dikuatkan kesahihannya oleh ulama’ Feqah, Ulama’
Usuluddin dan kebanyakan Ulama’ Hadith dan pendapat ini juga telah tersebar
dikalangan orang ramai.” (Nasyru al-Mahasin al-Ghaaliah, ms 395-396)
Dua Pendapat Bagaimana Khidir Berumur Panjang
Di dalam
kitab terdapat pelbagai versi cerita bagaimana Nabi Khidir boleh berumur
panjang. Secara ringkasnya, ulama berpendapat bahawa Khidir berumur panjang
berdasarkan dua sebab:
Pendapat Pertama;- Sebahagian
ulama’ berpandangan umur Khidir panjang kerana kesan dari doa Nabi Adam a.s.
yang mana sebelum baginda mangkat, baginda berdoa kepada Allah SWT agar
memanjangkan umur orang yang telah mengambil tugas mengkebumikan jenazahnya.
Dalam hal ini, Nabi Khidir dikatakan orang yang bertanggungjawab mengkebumikan
Nabi Adam.
Pendapat Kedua;- Ada sebahagian ulama’ lain mengatakan Khidir telah
panjang umurnya kerana minum air dari mata air kehidupan. Dari itu, baginda
kekal hidup sehingga sekarang.
Pendapat Pertama: Doa Nabi Adam a.s.
Dalam
riwayat Ibnu Ishak telah menyebutkan bahawa apabila sampai saat kewafatan Nabi
Adam a.s., baginda telah mengkhabarkan kepada semua anak-anaknya bahawa taufan
akan melanda. Baginda berpesan, sekiranya taufan berlaku hendaklah dibawa
jasadnya itu menaiki kapal Nabi Nuh a.s. bersama-sama mereka dan kemudian
dikebumikan di suatu tempat yang telah ditentukan.
Tidak
berapa lama kemudian taufan pun melanda, maka Nabi Nuh .a.s. memerintahkan
anak-anak Nabi Adam a.s. Membawa jasad bapa mereka ke atas kapal untuk
dikebumikan di tempat yang telah diwasiatkan. Namun begitu mereka semua berasa
takut kerana tiada tempat yang selamat untuk dikebumikan. Sehinggalah muncul
Nabi Khidir maka barulah jasad Nabi Adam selamat dikebumikan.
Namun
begitu, riwayat ini agak musykil kerana tedapat khilaf umur di antara Nabi
Adam, Nabi Nuh, Nabi Khidir dan anak-anak Nabi Adam sendiri yang boleh
dipertikaikan.
Imam
al-Aalusi menyebut, ”Inilah sebabnya mengapa dipanjang umur Khidir dan kalau
sebab ini tidak dapat dipastikan kebenaran riwayatnya maka sebab lainnya yang
masyur ialah umurnya menjadi panjang kerana terminum mata air hidup. (Imam
al-Alusi, Ruuhu al-Maani, jilid 15, ms 322)
Ibnu
Kathir pula dalam kitabnya Al-Bidaayah wa Nihayah menyebutkan bahawa
pengkebumian jasad Nabi Adam oleh Khidir selepas taufan yang menyebabkan
panjang umur adalah riwaayt yang jauh dari kebenaran. (Ibnu Kathir, Bidayah wa
Nihayah, Jilid 1, ms 326)
Pendapat Kedua : Telaga Mata Air Hidup
Kisah air
dari telaga ini adalah berdasarkan dari Tafsir Nasafi yang mengandungi sebuah
hadith yang menyebut,
”Sesungguhnya
Rasulullah SAW telah menceritakn tentang sebab musafirnya Zulqarnain dengan
sabdanya; ”Pada mulanya Zulqarnain telah terbaca di dalam beberapa kitab
kenyataan bahawa salah seorang daripada anak-anak Sam bin Nuh akan meminum air
mata kehidupan. Lantaran itu, dia pun dipanjangkan umurnya dan berterusan
hidup. Dengan sebab itu, maka Zulqarnain pun bermusafir kerana mencari air mata
hidup itu.”
”Ketika
itu uga, Nabi Khidir adalah menteri dan anak saudara (kepada Zulqarnain). Suatu
ketika Khidir terlebih dahulu menemui mata air hidup dan berpeluang meminumnya.
Lalu Khidir pun meminum air mata hidup itu sebelum sempat Zulqarnain berpeluang
minum.”
Dalam versi lain pula menceritakan Zulqarnain telah terbaca di dalam beberapa kitab bahawa salah seorang anak Sam bin Nuh akan meminum air dari mata air laut yang datang dari syurga. Selepas itu, dia akan dipanjangkan umur sehingga kiamat.
Disebabkan
itu, Zulqarnain melakukan pengembaraan untuk mencari air mata hidup tersebut.
Namun Khidir lebih dahulu menemui air tersebut dan meminumnya serta berwudhu
dengannya. Riwayat ini disebutkan oleh al-Maqdisi.
Manakala
dalam kitab Fathul Baari pula menyebut bahawa Zulqarnain mengetahui tentang
telaga air mata hidup tersebut melalui salah seorang malaikat selepas beliau
bertanya cara untuk memanjangkan umur. Selepas keluar mengembara akhirnya
Khidir yang sampai dahulu dan berjaya meminumnya. Selepas itu, Zulqarnain tidak
berhasil lagi menemui telaga air mata tersebut. (Imam Ibnu Hajar al-Asqalaani,
Fathul al-Baari, Jilid 6, ms 310)
Namun
begitu, harus diingat semua riwayat-riwayat ini berkemungkinan besar dari
cerita-cerita Israeliyyat dan kemungkinan terdapat tokok-tambah yang
keterlaluan. Ia bukanlah bermaksud para ulama-ulama besar dahulu tidak menapis
cerita dalam kitab-kitab mereka tetapi ia adalah untuk pengetahuan ilmu bagi
umat yang akan datang. Maka adalah menjadi tanggungjawab umat sekarang
mendalaminya.
Maka
jelaslah di sini, bahawa filem tersebut meniru cerita Nabi Khidir yang telah
diriwayatkan begitu lama sekali sama ada dari pihak ulama-ulama Israeliyyat
atau ulama Islam.