Tidak 
berjaya seseorang murid jika bukan jasa seorang guru, tidak berakhlak 
seseorang pelajar jika bukan kerana muaddib, dan tidak berjaya seorang penda'wah jika bukan kerana usaha murabbi atau muraqqib. 
Sasterawan Usman Awang juga membenarkan hal ini di dalam puisi guru yang
 diciptanya.
Begitu 
juga dalam kehidupanku. Tidaklah aku menjadi seorang aktivis da'wah jika
 bukan hasil perah keringat murabbi yang mentarbiyyahku. Dikala aku dulu
 seorang yang jahil dari golongan juhala', maka Allah menghantarkan dia 
kepadaku untuk mentarbiyyahku secara nizam yakni tersusun mengikut 
marhalah secara tadarruj (berperingkat) daripada ta'arif sehinggalah 
tanfiz.
Murabbiku,
Tidaklah
 aku melupai jasamu sehingga aku menutup mata. Gurauanmu, teguranmu, 
nasihatmu dan kemarahanmu membuatkan aku kini menjadi seorang manusia 
yang menyambung risalah Nubuwwah yang penuh dengan mehnah dan tribulasi 
berpanjangan.
Murabbiku,
Aku 
masih teringat saat kita berkongsi rasa dan thaqafah di dalam usrah 
kita, daurah kita, mukhayyam kita, rehlah kita, katibah kita, munaqasyah
 kita sehingga aku amat merindukan saat-saat itu. Aku seakan sebak dan 
terasa benar ingin kembali ke detik tersebut.
Murabbi,
Tadhiyyah
 dirimu dalam mentakwinkan diriku menjadikan aku sedar dan berusaha 
menjadi aktivis da'wah yang gigih. Disamping itu, aku berusaha 
membuktikan kepadamu bahawa usahamu dalam mentarbiyyahku tidak pernah 
sia-sia kerana aku merenungi "murabbi yang baik adalah mereka dapat 
melahirkan mutarabbi yang berkualiti".
Murabbi,
Biarpun 
kita kini berada di landasan da'wah yang sama, engkau tetap murabbiku 
dari dunia sehingga akhirat. Aku amat menghargai dirimu meskipun kita 
sudah terpisah jauh dan benarlah bahawa kita bertemu dan berpisah kerana
 Allah. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang dinaungi Arasy'.
Semoga 
Allah memberkati kehidupanmu dan mudahan-mudahan catatan yang 
ringkas ini dapat menggambarkan luahan perasaanku dalam menghargaimu.Syukran jazakallah..


