Hudud, adakah ia hukum Allah SWT atau pun hukum ulama' parti??
Atau mungkin hukum manusia kolot yang cuba menjatuhkan parlimen??
Atau mungkin hukum manusia kolot yang cuba menjatuhkan parlimen??
Hukum Hudud ini selalu disalah tafsirkan.. Mereka fikir ia untuk kepentingan parti semata-mata.
Saya sebagai seorang umat Islam yang berpegang pada Al-Quran, mesti percaya bahawa ia ialah hukum Allah SWT.
Kita semua sedia maklum bahawa Allah ialah Al-Hakam (yang mencipta hukum)
Jadi jika Allah telah mencipta sesuatu hukum, tiada sesiapa dari
makhluknya yang 'layak' mengubah hukum itu. Malah jika berbuat juga,
anda mungkin akan dilaknati.. Nauzubillah minzalik..
Ramai orang kita bertanya, "Apa bukti Hudud tu Allah punya?" "Hudud tu Allah ke yang cipta?"
dan
ada pula yang mengutuk sambil berkata, "Hudud ni dah tak realeven lagi"
atau "Hukum yang sedia ada di sini lebih baik dari hudud." INI AYAT
MANUSIA YANG BONGKAK!
Hari ini, saya akan membuktikan bahawa Hukum Hudud ialah hukum Allah.
"Sesungguhnya pembalas terhadap orang yang memerangi Allah dan
RasulNya dan membuat kerosakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh
atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka secara SILANG, atau
dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai)
suatu penghinaan untuk mereka di dunia dan di akhirat mereka beroleh
seksaan yang besar."
(SURAH AL-MA'IDAH: 33)
<perkataan silang di ayat suci ini bermaksud: memotong tangan
kanan dan tangan kiri dan kalau melakukan kejahatan sekali lagi, maka
dipotong tangan kiri dan kaki kanan.>
"Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan
keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai
seksaan daripada Allah.Dan Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana."
(SURAH AL-MA'IDAH: 38)
"Penzina perempuan dan penzina lelaki, sebatlah masing-masing daripada
keduanya,seratus kali dan janganlah rasa belas kasihan kepada keduanya
mencegah kamu untuk (menjalankan) agama (hukum) Allah,jika kamu beriman
kepada Allah dan hari kemudian; dan hendaklah (perlaksanaan) hukuman
mereka disaksikan oleh sebahagian orang yang beriman."
(SURAH AN-NUR: 2)
semua di atas hanyalah sedikit.
Dalam Al-Quran (kata-kata Allah) ada banyak ayat yang menyebut perkataan
Had-Had atau Hudud. (ada sembilan ayat yang menyebut perkataan had-had
A.K.A hudud dalam Quran)
Jika anda berminat, boleh rujuk pada Al-Quran itu sendiri, cari
perkataan hudud itu pada bahasa Arabnya. Saya akan memberitahu ayat yang
mana di bawah:
#SURAH AL-BAQARAH: 187
#SURAH AL-BAQARAH: 229
#SURAH AL-BAQARAH: 230
#SURAH AN-NISA' : 13
#SURAH AN-NISA' : 14
#SURAH AT-TAUBAH: 97
#SURAH AT-TAUBAH: 112
#SURAH AL-MUJADALAH: 4
#SURAH AL-TALAQ: 1
Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu binasa karena bila ada orang
terpandang diantara mereka yang mencuri, mereka membiarkannya; dan bila
orang lemah yang mencuri, maka mereka tegakkan hukum atasnya. Demi
Allah, andaikata Fathimah binti Muhammad mencuri, niscaya aku potong
tangannya." [Hadits Riwayat Al-Bukahri dan Muslim].
Jadi dengan ini, terbuktilah bahwa Hukum Hudud ialah hukum Allah SWT dan
kita tidak layak untuk mengubahnya. Siapa kita untuk menidakkan hukum
Allah??