29 March 2013


      Ketika iklan ini disiarkan pada sebuah ruangan iklan untuk majalah terbitan daripada Perancis,  Le Point  pada 19hb  Mac 1979, tiada siapa yang mempedulikannya. Iklan ini adalah hak milik Pakistan International Airlines (PIA) untuk mempromosi perjalanan syarikat penerbangan mereka ke New York, Amerika Syarikat.

Namun, beberapa dekad kemudian setelah tersebarnya iklan ini di internet, ramai yang terkejut. Manakan tidak, iklan ini jelas memaparkan bayang-bayang sebuah pesawat penumpang kemungkinan besar bersaiz Boeing 747 terpapar jelas pada bangunan ikonik New York, World Trade Center(WTC).
Ia bagaikan membayangkan pesawat penumpang tersebut ‘akan’ melanggar bangunan WTC sepertimana tragedi yang berlaku pada 11 September 2001. Persoalannya, adakah ini kebetulan atau sengaja direka?



RECENT POSTS

Top Popular Posts