Pages

Pages

10 January 2014

Imam As-Syahid Hasan Al-Banna - Usul 20 (Dr. Ugi Suharto)

  

Usul 20 atau Usul 'Isyrin, sepertimana yang terdapat di dalam Risalah at-Ta’alim oleh Imam Hasan
Al-Banna, adalah menjadi rujukan penting bagi kaum muslimin kerana ia menggariskan prinsip-prinsip
kefahaman Islam yang sahih, ringkas dan padat agar terpelihara daripada kesalahan dan penyelewengan.

Di samping itu, diharapkan juga ia dapat membantu menyatu dan menyelamatkan kefahaman para penda'wah dan pekerja Islam yang berkhidmat di jalan Allah Subhanahuwata'ala, agar tidak terjebak dalam kekusutan, perbalahan dan perpecahan dalam mendepani isu-isu furu' dalam Islam.


Syarah Usul Pertama

Islam adalah agama yang menyeluruh dan lengkap.
الإســلام نـظـام شــامـل يـتـنـاول مـظـاهـر الـحـيـاة جـمـيـعـا
فـهـو دولـة و وطـن أو حـكـومـة و أمـة
وهـو خـلـق و قـوة أو رحـمـة و عـدالـة
وهـو ثـقـافـة و قـانـون أو عـلـم و قـضـاء
وهـو مـادة و ثــروة أو كسـب و غــنـى
وهـو جـهـاد و دعـوة أو جـيـش و فـكـرة
كـما هـو عـقـيـدة صـادقــة و عـبـادة صـحـيحـة سـواء بسـواء
1. Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah dan negara ataupun kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun kasih sayang dan keadilan. Ia adalah peradaban dan undang-undang ataupun keilmuan dan hukum-hukum. Ia juga adalah material dan harta benda ataupun kerja dan kekayaan, ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. Begitu juga ia adalah akidah yang benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama pengiktibarannya di sisi kita. 


Syarahan :

  

Soal-jawab


Syarah Usul Ke-2

Al-Quran dan As-Sunnah adalah rujukan asas dalam perundangan Islam.
والقران الكريم والسـنة المطهـرة مرجع كل مـسـلم فى تعرف أحكام الإسـلام و يفـهم القـران طـبـقـا لـقـواعد اللـغـة الـعـربـيـة من غـيـر تـكـلـف و لا تـعـسـف و يرجـع فى فـهـم الـسـنة الـمـطـهـرة إلى رجـال الـحـديث الـثـقـات
2. Al-Quran yang mulia dan sunnah yang suci adalah rujukan kepada setiap muslim dalam mengetahui hukum-hukum Islam. Al-Quran difahami dengan mengikut kaedah bahasa arab dengan tidak mengikut sikap memberatkan dan menyempitkan. Kefahaman kepada sunnah yang suci adalah dengan mengembalikannya kepada rijal-rijal hadis yang thiqah.

 Syarahan

Soal-jawab


Syarah Usul Ke-3

Iman sejati, ibadah yang sah dan perjuangan mempunyai cahaya dan kemanisan di dalam hati. Ilham, lintasan hati, mimpi tidak boleh dijadikan dalil hukum Agama.


3. Iman yang benar, ibadat yang sahih dan mujahadah mempunyai cahaya dan kemanisan yang diberikan oleh Allah kepada hati-hati hamba yang dikehendakiNya. Manakala ilham, lintasan hati, tilikan dan tenungan adalah bukan dari dalil hukum syariah yang tidak diberikan iktibar kecuali jika tidak bertembung dengan hukum dan nas agama. 
 Syarahan :


Soal-jawab :


Syarah Usul Ke-4

Tangkal, jampi selain ayat Al-Quran dan Hadis serta mendakwa tahu hal ghaib (yang belum berlaku) adalah munkar yang wajib dibenteras.

4. Dan setiap tangkal, pelindung, azimat, tilikan, jampi serapah dan pengakuan mengetahui perkara ghaib adalah termasuk dalam perkara mungkar yang wajib diperangi kecualilah jika ianya adalah daripada ayat al-Quran dan tangkal yang sandarannya.
Syarahan :


Syarah Usul Ke-5

Keputusan pimpinan dalam organisasi wajib dilaksanakan dalam perkara maslahat, yang tiada nas atau ada nas tetapi mempunyai berbagai tafsiran.

5. Pandangan Imam dan naibnya pada masalah yang tidak ada nas putus padanya dan pada perkara yang mempunyai arah pandangan yang berbagai hendaklah dipakai selagimana ia tidak bertentangan dengan kaedah syarak. Pandangan ini kadangkalanya berubah dengan perubahan situasi, uruf dan adat. Asal dalam perkara ibadat adalah mengabdikan diri tanpa berpaling kepada makna-maknanya sedangkan asal dalam perkara adat, dilihat kepada rahsia-rahsia, hikmat dan tujuannya. 

 Syarahan :


Soal-jawab :

Syarah Usul Ke-6 & Usul Ke-7

Usul Ke-6: Kata-kata seseorang selain Rasulullah saw tidak semestinya betul dan diterima.

6. Setiap orang boleh dipakai ataupun ditolak kata-katanya melainkan kata-kata yang keluar dari orang yang dilindungi dari dosa, Rasulullah s.a.w . Setiap perkara yang datang dari para salafussoleh r.a. yang bertepatan dengan kitab Allah dan sunah, kita hendaklah menerimanya. Kalau tidak bertepatan dengan
nas, maka nas al-Quran dan sunah Rasulullah s.a.w adalah yang lebih utama untuk diikuti. Tetapi kita tidak sekali-kali mengutuk dan memburukkan seseorang dari mereka walaupun apa yang telah diselisihkan mengenainya. Kita serahkan semuanya kepada niat masing-masing kerana mereka telah bergantung kepada apa yang telah mereka kerjakan.

Usul Ke-7: Seorang yang belum pakar dalam Feqah, ikutlah salah satu dari 4 Mazhab tanpa taksub. Terimalah pandangan mazhab lain jika dalilnya lebih kuat. 

 7. Setiap muslim yang tidak sampai kepada martabat ijtihad dalam mencari dalil hukum Islam yang furuk hendaklah mengikut kepada pegangan salah seorang dari Imam-imam mazhab Islam. Menjadi
elok lagi kepadanya ketika mengikut mazhab itu jika ditambah dengan usaha yang sedaya upaya untuk mengetahui dalil-dalilnya. Dia hendaklah menerima segala petunjuk yang diserta dengan dalil, ketika diyakini kesahihan dan kebolehan orang yang memberikan petunjuk itu kepadanya. Dia juga hendaklah
menyempurnakan kekurangan ilrnu yang ada pada dirinya sekiranya dia di kalangan ahli ilmu sehinggalah dia sampai kepada peringkat Al-Nazar (ijtihad hukum).

Syarahan :

Soal-jawab :



Syarah Usul Ke-8

Perbezaan dalam Feqah jangan membawa kepada perpecahan hati.

8. Perselisihan faham dalam perkara furuk fekah tidak boleh menjadi sebab kepada berlakunya perpecahan di dalam agama, juga janganlah ia membawa kepada perbalahan, kemarahan antara satu
sama lain. Setiap mujtahid ada pahalanya. Tidak ada halangan jika dilakukan pengkajian ilmiah yang adil dalam masalah yang diperselisihkan ini yang dilakukan dalam naungan perasaan kasih mengasihi kerana Allah, bantu membantu untuk sampai kepada hakikat yang sebenarnya, dengan tidak membawa kepada perbahasan yang dikeji dan perasaan taasub.


Syarahan :

Soal-jawab :

Syarah Usul Ke-9

Jauhi perdebatan Feqah yang tidak membawa kepada tindakan amali.

9. Melarutkan diri ke dalam masalah yang tidak membawa kepada amal adalah antara takalluf (memberatkan) yang dilarang oleh syarak. Di antara masalah seperti itu adalah seperti banyaknya cabang dalam hukum-hukum yang tidak mungkin berlaku, larut dalam membahaskan makna ayat al-Quran yang masih tidak diketahui oleh akal pengetahuan dan perbincangan untuk melebihkan antara
sahabat-sahabat r.a dan pertentangan yang berlaku antara mereka. Setiap dari sahabat ada kelebihan bersahabat dengan Rasulullah dan kesemuanya dibalas bergantung kepada niatnya. Membincangkan
perkara mi boleh membawa kepada perselisihan yang buruk akibatnya.


Syarahan :

Soal-jawab :


Syarah Usul Ke-10

Kita beriman kepada Ayat-ayat Sifat tanpa menafsir atau menolaknya.

10. Makrifat Allah Taala, tauhid kepadaNya, membersihkanNya adalah akidah Islam yang paling mulia. Kita beriman dengan ayat dan hadis sahih yang menceritakan sifat Allah dan apa perumpamaan yang
layak denganNya, kita beriman dengannya sepertimana datangnya ayat itu tanpa takwil dan mencuaikan. Kita juga tidak mencampurkan diri kita kepada perkara yang diperselisihkan oleh ulamak
mengenai perkara ini. Kita hanya mengikut apa yang diredhai oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda. Firman Allah yang bermaksud: "Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama berkata: "Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan Kami" (Al-Imran).


Syarahan :

Soal-jawab :


Syarah Usul Ke-11 & Usul Ke-12

Usul Ke-11: Semua Bid’ah yang tiada asas Syarak adalah munkar yang wajib dibenteras.

11. Setiap perkara bid'maafkan saya dalam din Allah yang tidak ada asalnya walaupun diperelokkan oleh manusia dengan nafsu mereka dengan menambahkan ataupun mengurangkannya, adalah perkara kesesatan yang wajib diperangi dan dihapuskan dengan cara yang terbaik yang tidak membawa kepada merebaknya perkara yang lebih buruk dari itu.

Usul Ke-12: Bid’ah Idafiah, Bid’ah Tarkiah, Bid’ah Iltizamiah adalah khilaf ulamak.

12. Perkara bid'maafkan saya tambahan dan kurangan serta iltizam dengan ibadat yang mutlak adalah antara masalah fekah yang masih diperselisihkan. Setiap ulamak mempunyai pandangan yang tersendiri. Tidak menjadi halangan jika kita mencari kebenaran dengan dalil dan bukti.

Syarahan :

Soal-jawab :



Syarah Usul Ke-13

13. Mencintai, menghormati dan memuji orang-orang yang soleh kerana amalan kebaikan mereka adalah satu pendekatan diri kepada Allah Taala. Wali-wali Allah inilah yang dimaksudkan oleh Allah sebagai orang yang beriman dan mereka bertaqwa kepadaNya. Perkara keramat berlaku kepada mereka dengan syarat yang syar'ie dengan menganggap bahawa mereka telah diredhai oleh Allah dan mereka tidak mempunyai kuasa memudaratkan atau memberikan manfaat diri mereka sendiri di kala hidup atau mati mereka tambahan pula memberikan perkara seperti itu kepada orang lain.

Syarahan :
 


Syarah Usul Ke-14

Ziarah kubur adalah sunnah Rasulullah saw. Jangan dicampur dengan Bid’ah.

14. Menziarahi mana-mana kubur adalah perkara yang disyariatkan tetapi dengan caranya yang muktabar. Namun begitu, meminta pertolongan, memanggil orang mati (walaupun siapa
dia), meminta tunaikan hajatnya dengannya secara dekat ataupun jauh, bernazar kepada mereka, menghiaskan dan menerangkan kubur mereka, menyapunya, bersumpah dengannya selain dari Allah
dan sebagainya dari perkara yang bid'maafkan saya, kesemuanya itu adalah perkara yang bid'maafkan saya yang merupakan dosa besar yang wajib diperangi. Janganlah kita mentakwilkan perkara-perkara ini kerana kita hendaklah menyekat daripada berlakunya perkara-perkara tersebut (Saddu al-Zaraik).


Syarahan :



Soal-jawab :



Syarah Usul Ke-15

Tawassul dalam berdoa adalah khilaf ulamak dan bukan dalam masalah Aqidah.

15. Doa kepada Allah yang disertai dengan tawasul dengan orang lain adalah masalah khilaf furuk dalam masalah cara berdoa dan ia bukannya dari masalah akidah.

 Syarahan :

Syarah Usul Ke-16

Dalam mengeluarkan hukum, Syarak merujuk kepada intipati sesuatu perkara dan bukan nama yang dipakai orang ramai.

 16. Uruf yang salah tidak akan menukarkan hakikat lafaz syariat bahkan kita wajib memastikannya dari hudud makna yang dimaksudkannya dan berhenti di situ. Begitu juga wajib kita bebaskan diri kita dari tertipu dengan kata-kata dalam setiap aspek kehidupan dan juga agama. Pengajaran diambil daripada
apa yang dinamakan dan bukannya dan nama itu sendiri.


 Syarahan :

   

Soal-jawab :


Syarah Usul Ke-17

Amal hati lebih utama dari amal anggota. Kedua-duanya penting.

17. Akidah adalah asas kepada amalan dan amalan hati adalah lebih utama dari amalan anggota lain. Mencari kesempumaan dalam amalan keduanya adalah dianjurkan oleh syarak walaupun terdapat
perbezaan darjah anjuran ini.

 Syarahan :



Soal-jawab :

 

Syarah Usul Ke-18

Islam mengangkat peranan akal manusia.

18. Islam telah membebaskan akal dan memberi galakkan supaya memerhatikan bumi ini. Islam juga telah mengangkat taraf ilmu dan ulamak dan mengalu-alukan apa yang baik dan berfaedah dalam
setiap perkara. `Hikmat itu adalah perkara yang hilang dari mukminin dan sekiranya dia menjumpainya, dialah yang paling berhak dengannya.
 
 Syarahan :



Soal-jawab :



Syarah Usul Ke-19

Tiada pertembungan diantara Syarak dan ilmu Sains yang sahih.

19. Kadang-kala setiap pandangan syarak dan pandangan akal menyelusup ke dalam perkara yang tidak ada pada pandangan yang kedua tetapi keduanya ini tidak akan berselisih dalam perkara yang pasti (qat'ie). Hakikat ilmiah yang sahih tidak akan bertembung dengan kaedah syarak yang tetap. Perkara yang dzan (diragui) darinya akan ditakwilkan agar bertepatan dengan perkara yang qat'ie. Jika keduanya adalah perkara yang `dzan', maka pandangan syarak adalah lebih utama untuk dipakai dan pandangan akal ketika itu hanyalah untuk memastikannya sahaja ataupun dihapuskan terus.

Syarahan :


Soal-jawab :

 

Syarah Usul Ke-20 

Kita tidak mengkafirkan orang Islam melainkan dengan syarat-syarat yang ketat.

 20. Kita tidak akan mengkufurkan orang muslim yang mengikrarkan dua kalimah syahadah, beramal dengan tuntutannya dan mengerjakan fardhu-fardhunya, semata kerana pandangan ataupun maksiat yang dilakukan kecualilah jika dia mengakui dengan perkataan kufur, mengingkar perkara yang maklum dari asas yang darurat dalam agama, ataupun mendustakan al-Quran yang jelas, atau mentafsirkannya dengan tafsiran yang ditafsirkan sebagai kufur oleh gaya bahasa Arab, ataupun beramal dengan amalan yang tidak boleh ditakwil lagi selain dari kufur.


"Sesungguh Solatku,Ibadahku,Hidupku,Matiku hanya kerana Allah""Dan Allah tuhan Kami
Rasul ikutan kami
Al-Quran Panduan kami
Jihad jalan Kami
Mati Syahid cita-cita tertinggi kami"


http://piizii.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment