Hidayah itu milik Allah. Hanya Allah yang mampu memberi hidayah kepada seseorang yang dipilih olehNya. Di sini, kita kongsikan bagaimana seorang punkers diberi hidayah oleh Allah berdasarkan pengalaman beliau.
"Suasana
kehidupan menyebabkan seorang lelaki berbangsa kulit putih memilih muzik heavy
metal punk untuk melepaskan rasa marahnya terhadap dunia yang didiaminya. Dia
merasa marah terhadap pelbagai perkara, seperti ketidak adilan sosial dan
masyarakat, serta perkara-perkara yang tidak difahaminya yang berlaku
diselilingnya. Hal ini membentuk jiwanya sebagai seorang yang kuat memberontak
dan keras.
Sebagai
seorang punk, beliau memakai subang , bertindik dan mempunyai tatu diseluruh
badannya. Hampir semua perkara dipersoalkannya. Jauh di lubuk hatinya, beliau
merasakan kehidupan ini bukanlah sekadar berkenaan kekayaan, wang dan harta
sebagai erti dan tujuan kehidupan di sebagaimana difahami umum di barat.
Jiwanya yang tidak tenteram itu menyebabkan beliau sentiasa tercari-cari
jawapan akan semua persoalan yang bersarang dalam fikirannya.
Suatu
hari, beliau diberitahu berkenaan dengan Tuhan. Rasa ingin tahunya menyebabkan
beliau mula mencarinya. Beliau mula mengkaji dan menyelidik maklumat berkenaan
Tuhan di dalam agama-agama dan ideologi-ideologi manusia yang lain. Dibesarkan
dalam komuniti Kristian, beliau mula mencari jawapan dalam agama itu. Beliau
diberitahu berkenaan dengan Tuhan dan anak Tuhan di dalam ajaran Kristian.
Jiwanya yang kuat memberontak menyebabkan beliau mula mempersoalkan jawapan
yang diberikan itu. Baginya, adalah suatu kelemahan kepada Tuhan apabila Tuhan
memerlukan seorang anak. Seolah-olah Tuhan itu akan mati dan memerlukan seorang
pengganti kelak dari kalangan anaknya sendiri. Adakah perlu Tuhan yang
dikatakan Maha Perkasa keatas alam ini memerlukan perkara seperti itu? Rasa
tidak puas hatinya menyebabkan dia mula beralih kepada agama lain.
Beliau
mula mencari jawapan di dalam agama Hindu. Dia mengetahui bahawa agama Hindu
menyembah patung-patung yang disucikan. Sebagai seorang yang keras dan
pemberontak, beliau bertanya " Sekiranya saya pecahkan patung-patung yang
kamu sembah itu, adakah patung-patung kamu itu mampu membalas balik dan
mencederakan saya?'. Para penganut Hindu menjawab , " Perbuatan itu adalah
perkara yang amat buruk..". Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, beliau
bertanya lagi " Sekiranya saya campakkan patung-patung yang kamu sembah
itu, adakah patung itu akan datang membunuh saya?". Ternyata jawapan yang
diberikan tidak memuaskan hatinya. Beliau ternyata kecewa dengan jawapan yang
diberikan kerana patung-patung yang disembah itu seolah-olah tidak berdaya
melakukan apa-apa.
Seterusnya,
beliau mula mencari erti ketuhanan didalam agama yahudi. Namun, beliau
merasakan ajaran yahudi itu sendiri bukanlah sebuah agama tetapi lebih kepada
doktrin perkauman. Bagaimana mungkin Tuhan yang mencipta pelbagai bangsa
manusia secara tiba-tiba mengkehendaki sebuah agama yang hanya khusus untuk
sesuatu bangsa, sedangkan dia sendiri bukan dari bangsa tersebut? Hal ini amat
pelik baginya seolah-olah Tuhan itu hanya untuk bangsa Yahudi sahaja, sedangkan
manusia itu sendiri terdiri daripada pelbagai bangsa yang berbeza-beza.
Suatu
hari, ketika beliau berjalan-berjalan, beliau ternampak sebuah pamplet yang
diedarkan di sebatang jalan. Beliau terlihat sebuah corak yang dilihatnya
sewaktu kecil sebagai grafiti di sebuah tembok terdapat pada pamplet itu. Corak
tersebut yang dilukis sebagai grafiti itu ditulis didalam bahasa arab dan
beliau amat menyukainya ketika dia mula-mula melihatnya semasa kecil dahulu.
Beliau amat berharap untuk mengetahui maksud corak grafiti atau tulisan arab
tersebut. Pamplet itu sebenarnya adalah sebuah risalah ringkas berkenaan dengan
Islam. Beliau hakikatnya tidak mengetahui apa-apa langsung mengenai Islam dan
berazam untuk menyelidikinya.
Akhirnya,
didalam kekurangan buku-buku Islam ketika itu, dia berjaya menjumpai sebuah
buku agama. Dia mendapati, buku itu juga turut mempunyai corak grafiti yang
sama seperti mana pamplet itu. Sebagai seorang ahli muzik dan seni, beliau
merasakan bahawa corak grafiti atau tulisan itu sangat indah dan cantik. Beliau
terus membelek dan membaca buku itu sehinggalah terjumpa terjemahan Surah
Al-Ikhlas di dalam buku tersebut.
Dia
amat-amat kagum dan terperanjat dengan surah Al-Ikhlas yang menyatakan bahwa
Tuhan itu adalah satu sahaja. Baginya, adanya alam ini sudah semestinya
memerlukan sang Pencipta. Sudah tentu Tuhan yang menciptakan alam ini adalah
satu, dan mustahil terdapat banyak Tuhan dalam menciptakan alam ini. Sekiranya
bilangan tuhan itu banyak dalam menciptakan alam ini, sudah pasti setiap tuhan
itu mempunyai pecahan kuasa dan tidak berkuasa sepenuhnya dan hal ini tidak
sesekali lojik baginya. Tidak mungkin Tuhan yang dikatakan Maha Perkasa itu
akan berkongsi kuasa dengan tuhan yang lain. Sudah pasti akan berlaku
perselisihan dan pergaduhan sesama tuhan itu.
Dia
menemui pencariannya selama ini apabila membaca baris akhir ayat tersebut yang
menyatakan bahawa Tuhan itu sama sekali tidak sama dengan apa sesuatupun diatas
muka bumi dan alam semesta ini. Beliau mengetahui bahawa apa saja yang berada
di alam ini sama sekali tidak mempunyai kuasa yang hakiki keatas setiap yang
lain.
Jiwanya
membuak-membuak untuk memahami dan memeluk Islam. Beliau amat yakin dengan apa
yang dinyatakan oleh tulisan didalam buku itu. Tetapi, beliau tidak mengetahui
untuk bertanya kepada siapa. Kehidupannya sebagai seorang punk menyebabkan
beliau tidak kenal siapa pun yang beragama Islam untuk ditanya. Beliau
tertanya-tanya bagaimanakah beliau dapat mempelajari agama ini.
Akhirnya
beliau mendapatkan sebuah buku telefon dan mencari suatu nombor yang mempunyai
kaitan dengan Islam. Beliau menjumpai nombor Masjid Besar London dan terus
menghubunginya. Pihak masjid bersetuju untuk bertemu dengannya. Namun, apabila
beliau sampai di situ,para petugas masjid amat terkejut. Beliau datang ke
masjid itu dan menyatakan bahawa ingin mengucapkan dua kalimah syahadah dengan
penampilan yang menggerunkan iaitu memakai rantai, tali pinggang peluru, vest,
subang, dengan badan bertatu di hampir keseluruhan badannya. Akhirnya dia
dibawa bertemu dengan setiausaha masjid itu dan melafazkan dua kalimah syahadah
disitu.
Itulah
kisah hampir 20 tahun yang lalu dan kini, punk itu dikenali sebagai Brother
Abdul Malik, seorang pendakwah Islam yang aktif di Kota London.
No comments:
Post a Comment