30 perkara yang perlu dijauhi oleh wanita
1. Menyambung rambut palsu.
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi.
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi.
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain.
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama.
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri.
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami.
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami.
9. Derhaka kepada suami.
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas.
11. Mengingkari kebaikan suami.
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram.
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya.
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram.
15. Menyerupai lelaki.
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami.
17. Memandang aurat wanita lain.
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan.
19. Masuk permandian awam.
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah.
21. Meratapi kematian.
22. Berhias atas meninggalnya seseorang.
23. Menghantar jenazah.
24. Mempercayai dukun dan peramal.
25. Menyumpah anak-anak sendiri.
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim.
27. Menganiaya pembantu.
28. Mengganggu jiran.
29. Minta cerai kerana suami sakit.
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi.
19 Hadis Rasulullah S.a.w mengenai wanita
1.
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya
yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w.
akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada
bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2.
Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000
kejahatan.
3.
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah
s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah
s.w.t.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6.
Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,
maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan
ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.
7.
Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang
yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas
tubuhnya.
8.
Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah).
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan
anak Nabi Ismail.
9.
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah
s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya
(10,000 tahun).
10.
Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12.
Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang
lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya".
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14.
Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan
puasanya.
15.
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu
yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18.
Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap
ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh
rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19.
Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka
akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
4 Golongan lelaki ditarik wanita
Seseorang
wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan
lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk
memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki
memainkan peranannya dengan hak & saksama
serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!
serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!
Pertama - Ayahnya
Apabila seseorang yngg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Apabila seseorang yngg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Kedua - Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh,
puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh,
puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Ketiga - Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
Keempat - Anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.
Firman ALLAH S.w.t:-
"Hai anak adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka di mana bahan pembakarnya ilah manusia, jin dan batu-batu..."
Hai
wanita, kasihlah ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta
anak-anak lelaki anda kesihankanlah mereka dan diri kamu sendiri,
jalankan perintah ALLAH S.W.T bersungguh dan dengan ikhlas. Akhir
kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan
tertarik oleh mana-mana pihak.
Harga
seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T nilaikan
seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga
(sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita
membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang ALLAH S.W.T berikan pada kita.
Pesanan buat wanita
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
"Dan
katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan
sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada
memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti
terbuka terdiri dari bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan
sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan).
Dan
hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai
ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya
(tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya,
anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya,anak-anak saudara
lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba
sahaya kepunyaannya, laki-laki yang menjalankan kewajibannya tetapi
tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpanya pelayan-pelayan
lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada
perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat
perempuan.
Dan
janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya
yang tersembunyi (misalannya melangkah dengan cara yang menyebabkan
betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak).
Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah s.w.t, Hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.
(surah An-Nur ayat 31)
(surah An-Nur ayat 31)
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
Belum
sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk
(taat) hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran (suruhan dan
larangan) Allah serta (taat) mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang
diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti
orang-orang yang telah diberi kitab sebelum mereka (Yahudi dan Nasrani),
setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut (jauh dari zaman nabi
mereka) maka hati mereka menjadi keras (dari mengikuti perintah/ajaran
nabi mereka) dan banyak di antaranya orang-orang fasik.
(surah Al-Hadid ayat 16)
Bila
ayat menutup aurat turun sahaja semua wanita ketika itu tidak kira
dari golongan Ansar mahupun Muhajirin dengan segera menutup aurat
masing-masing. Yang ada di pasar, yang ada di rumah, yang sedang dalam
perjalanan capai apa sahaja untuk menutup aurat masing-masing dengan
SEGERA dan bukannya NANTI DULU. Yang tidak mendapat apa-apa mereka
segera memalingkan muka menghadap dinding supaya tiada lelaki terpandang
wajah mereka. Itulah kekuatan iman yang ada pada wanita - wanita
ketika itu. Tetapi kini segala - galanya telah berubah makin jauh kita
dari zaman Rasulullah s.a.w. makin kita jauh dari amalan agama.
Dalam
ayat yang sama juga Allah s.w.t. menegur kita supaya tidak menjadi
seperti ahli kitab sebelum kita (Yahudi dan Nasrani) di mana semakin
mereka jauh dari zaman nabi mereka maka semakin kurang mengamalkan
agama. Itulah keadaan kita ketika ini. Saudari-saudari seagama dengan
kita bukan tidak tahu kewajiban menutup aurat, tetapi oleh kerana
kelemahan iman serta sikap acuh tak acuh membuatkan mereka lalai.
Perkataan yang biasa kita dengar dari saudari-saudari kita ialah "belum
sampai seruan". Seruan apa yang ditunggunya atau seruan dari siapa yang
sedang mereka tunggu?
Bukankah Allah s.w.t. telah seru untuk menutup aurat sejak 14 abad dahulu lagi. Tetapi kenapa masih tak tutup-tutup lagi?
Lihat
lagi ayat di atas Allah s.w.t. berfirma "Katakan kepada orang-orang
perempuan yang beriman" Allah s.w.t. dengan khusus gunakan perkataan
"beriman" dan bukannya "wahai manusia" kerana segala perintah hanya
boleh didukung oleh orang-orang yang beriman sahaja.
Dalam
ayat kedua pun sama yang ditujukan ayat-ayat ini adalah kepada
orang-orang yang beriman. Kita kata kami beriman dengan Allah s.w.t,
Rasul-rasulNya dan, Kitab-kitabNya tetapi apa yang kita ucapkan dan buat
adalah sungguh bertentangan. Allah s.w.t. telah menggariskan peraturan
dan rasul telah mengajarkannya dan peraturan itu telah termaktub di
dalam kalamNya. Tetapi kenapa masih leka? Kita bimbang kalau-kalau kita
dibungkus dengan kain putih sebelum kita sempat menutup aurat.
Maka
wahai saudari-saudari seagamaku (YANG BERIMAN), sebelum terlewat
rebutlah peluang yang ada jangan tunggu esok amalkan sekarang juga.
Bimbang "Esok tiada bagi mu". Gembirakanlah Allah s.w.t. dan rasulNya
dengan mengikut perintah mereka supaya dikala kamu dirundung malang
Allah s.w.t. dan rasulNya dapat menggembirakan kamu.
Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.
Kerugian bagi wanita yang menolak perkahwinan
Sepertimana
yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini
terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antaranya memandang
perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila
berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup berubah dan terpikul pula
dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.
Justeru
itu ramai yang lebih rela jadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya
tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak
berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang
tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan
tugas-tugas dan karier kerjanya.
Sebelum
ini saya ada memberi pandangan bagaimana hendak menyelesaikan masalah
andartu. Kali ini saya akan dedahkan pula tentang kerugian wanita yang
tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin
kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak
boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya
sekarang, terdapat wanita yang ada peluang berkahwin tetapi menolak
dengan alasan-alasan sepertimana yang saya sebutkan di atas tadi.
Perkembangan
tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di
dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat
Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran
Islam yang menggalakkan perkahwinan
tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.
tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.
Di
Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih
hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa seperti di barat. Sungguh
pun demikian pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap
jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan
mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan
di akhirat.
Kejelekan
tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak
berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga
lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan
anak-anak. bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam salehah dan menjadi
ahli syurga di akhirat adalah amat mudah. Ini adalah berdasarkan sabda
Rasulullah s.a.w.:
"Sekiranya
seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima
waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami
maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."
Sekiranya
seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai
kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia
bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin
tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan
mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita,
sehinggakan redha Allah s.w.t. pun bergantung kepada redha suami.
Selain
daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan
diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung.
Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu
kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti
membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang
api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka.
Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan
diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal
di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama
Rasulullah s.a.w di syurga kelak.
Bahkan
wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan
lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat
pahala seperti pahala syahid. Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan
dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malah di dunia
akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang
rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui
pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari
segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Apabila
datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah
dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan." Para sahabat
bertanya, "Bagaimana kalau ia telah berkahwin?" Jawab baginda s.a.w,
"Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali)."
Begitulah
besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah
untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti
kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang
isteri dan ibu sudah memperolehi banyak pahala. Kalau suami redha
dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa
melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita
yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon
wanita salehah yang berada dibawah naungan suami.