Aku dilahirkan sebagai seorang Yahudi Rusia. Perjuanganku bermula 
semasa aku berumur 19 tahun. Keyakinanku terhadap tuhan kerap 
berbolak-balik. Cita-citaku dalam hidup ini mulanya adalah nak menjadi 
seorang bintang rock. Aku tinggal di US dan bekerja sebagai 
setiausaha….. sungguh melucukan..
Suatu malam aku berjalan ke dapur, tiba-tiba ternampak satu lembaga 
hitam, rupanya kawan serumahku. Aku masih ingat bertanya dia “Boleh tak 
aku simpan vodka ini dalam peti ais?. Lepas tu kami bersalaman dan 
kembali ke bilik tidur. Selepas itu, kehidupan aku berubah secara 
tiba-tiba.
Kawan aku ini adalah seorang muslim. Dia adalah orang Islam yang 
pertama aku kenali. Oleh sebab terlampau kuat semangat ingin tahu aku 
pun bertanya kepada dia tentang Islam… Aku Tanya dia pasal sembahyang 5 
waktu, perang jihad, siapa Muhammad?
Perbualan kami turut disertai bersama dengan seorang kawan Kristian 
kami bernama Wade. Jadi kami pun membentuk dialog antara agama Islam, 
Yahudi dan Kristian. Dalam sesi tersebut kami telah menemui banyak 
perbezaan dan persamaan.
Tanpa kusedari minatku telah bertukar daripada seks, dadah dan 
berpesta kepada pencarian mendalam kepada agama. Satu pencarian yang aku
 perlu lengkapkan. Pencarian kepada tuhan dan pencarian bagaimana untuk 
mengikuti perintah tuhan.
Dalam kesungguhanku mencari kebenaran, aku bertanya kepada diriku. 
Ok, kita mula cara mudah, ada berapa tuhan sebenarnya? Aku yakin ada 
satu je.. sebab kalau banyak tuhan akan jadi lemah sebab pasti berlaku 
perselisihan dan pergaduhan… Satu tuhan adalah keyakinanku, dan 
pilihanku.
Suatu ketika dulu aku buka mindaku kepada kemungkinan wujudnya tuhan.
 Aku analisa pandangan orang yang percaya dan tak percaya. Yang 
membuatkan aku menyebelahi orang yang percaya adalah ungkapan ‘setiap 
rekaan mesti ada perekanya’. Dengan keyakinan sedemikian dalam diriku 
akhirnya aku sedar dengan yakin bahwa tuhan itu wujud. Aku masa tu masih
 tak dapat menjelaskannya tetapi jauh dalam lubuk hatiku aku percaya.
Ketakjuban yang baru aku jumpa ni diikuti dengan rasa tanggungjawab 
terhadap Penciptaku. Dunia beragama kemudian menjadi tumpuanku.
Lepas tu aku bertanya pada diriku “Mana aku akan mula?” Secara lisan 
ada ribuan jenis kepercayaan. Aku perlu juruskan kepada hanya beberapa 
kepercayaan sahaja. Macam mana aku nak selesaikan masalah ini? Mula-mula
 cari yang percaya pada satu tuhan sahaja. Ini aku masukkan dalam kepala
 otakku. Tentu sekali ini logik sebab aku hanya percaya pada satu tuhan 
sahaja.”
Ok, lepas tu.. “ini maknanya kita tolak agama Hindu dan Buddha sebab 
keduanya percaya pada banyak tuhan. Jadi tinggal 3 saja agama yang ada 
satu tuhan iaitu Islam, Yahudi dan Kristian…. Jadi oleh sebab aku ni 
Yahudi aku mula dengan Judaism (Ugama Yahudi) terdapat satu tuhan, 
beberapa Rasul, ’10 Commandments’, Taurat, jiwa Yahudi…apa,.. apa jiwa 
Yahudi?
Masa aku buat kajian perkara ini menghantui fikiranku. Ceritanya 
‘Jika seseorang tu dilahirkan sebagai Yahudi dia ada jiwa Yahudi dan 
mereka mesti menganut Judaism (agama Yahudi)’…. tunggu jap..kalau macam 
tu ni dah jadi diskriminasi kan? Sedangkan agama itu patut universal 
(menyeluruh).
Jadi tuhan juga buat jiwa Yahudi, jiwa Kristian dan jiwa Muslim dan 
jiwa Hindu? Aku ingat semua manusia diciptakan sama sebagai manusia? 
Jadi kalau seseorang itu dilahirkan dalam sesuatu agama dengan ketentuan
 tuhan, maka dia mesti berada dalam agama tersebut walaupun akhirnya 
seseorang tu mendapati agamanya sesat?…hmmm aku tak percaya ..camtu 
zalim tuhan..ini mustahil.
Satu hal lagi yang peliknya dalam Judaism tak ada konsep neraka…yang 
ada syurga je…kalau macam tu kenapa nak buat baikkan? Kenapa hidup ni 
tak buat dosa je? kan elok? Kalau aku takde rasa takut dengan pembalasan
 atas kejahatan yang aku lakukan kenapa aku perlu berlaku baik dalam 
hidup?
Kita teruskan..Aku dapati Christianity (agama Kristian) ok, ada satu 
tuhan, seorang anak, seorang bapa dan roh suci…macam mana nak kata semua
 ni satu tuhan 1+1+1 =3 bukan satu? Jadi macam mana yang dikatakan 
percaya satu tuhan?
Penjelasan lepas penjelasan, persamaan lepas persamaan dan 
perbandingan lepas perbandingan, analogi lepas analogi.. aku tak dapat 
terima konsep ini… Ok kita tengok isu lain pula…
Jesus mati disebabkan dosa kita dan dia lakukan sedemikian sebab kita
 telah dipenuhi dengan ‘dosa asli’. Jadi, Jesus Christ anak tuhan perlu 
dikorbankan untuk menyelamatkan semua orang daripada neraka dan 
menyembuhkan kita daripada dosa yang diberikan kepada kita oleh Adam..
Ok, kalau begitu maknanya kamu mengatakan bahawa kita dilahirkan 
sebagai orang yang telah sedia berdosa? Dan untuk jadi orang yang 
berdosa seseorang itu perlu melakukan satu dosa baru boleh jadi 
begitukan? Jadi kamu beritahu aku yang bayi yang baru lahir telah 
melakukan kesalahan berdosa? Yang ni pelik.. takkan sebab kesalahan satu
 orang semua manusia kena pikul dosanya? Apakah maksud pegangan 
sebegini? Seksa semua orang walaupun satu orang melakukan kesalahan? 
Kenapa tuhan buat undang-undang macam tu? Tuhan tak zalim..mustahil… tak
 logik… aku tak percaya.
Jadi Jesus Christ mati kerana beliau ‘mengasihi manusia’.. Nanti dulu
 dalam Bible disebut Jesus berkata “Bapa, kenapa aku dibuat begini?” 
Bermakna Jesus tak faham kenapa dia dibunuh secara kejam.. Tetapi kamu 
kata dia secara sukarela dikorbankan…. Walau apapun aku tetap tak dapat 
terima kepercayaan begini. Ok, agama selanjutnya adalah Islam….
Islam bermaksud penyerahan diri. Kepercayaan umumnya adalah satu 
tuhan, solat 5 waktu sehari semalam, infaqkan 2.5% zakat tahunan kepada 
fakir miskin, berpuasa bulan Ramadan.. dan mengerjakan Haji sekali 
seumur hidup jika mampu. Ok, tak ada yang sukar untuk difahami.
Tak ada yang bercanggah dengan logik akalku. Al-Quran adalah kitab 
mukjizat. Banyak bukti saintifik telah diperolehi daripadanya sejak 
1,400 tahun yang lalu.
Ok. Islam telah melepasi tapisan awalku tentang keagamaan.. Tetapi 
aku ingin bertanya beberapa soalan yang mendalam tentangnya.. Adakah 
Islam itu menyeluruh? Ya.. semua orang boleh faham kepercayaan yang asas
 ini. Tiada analogi atau persamaan yang diperlukan.. Adakah ianya 
selaras dengan Sains? Sudah tentu.. terdapat berdozen ayat-ayat al-Quran
 yang menjelaskan tentang Sains moden dan teknologi.
Semakin aku membuat kajian ke atas ratusan fakta logik yang aku baca 
dan buat kajian, satu perkara lagi mengetuk fikiranku…yang paling utama 
sekali Islam.. nama agama. Aku dapati ianya disebutkan banyak kali di 
dalam Al-Quran.
Walau bagaimanapun, mengingat semula kajianku yang lepas. Aku tak 
ingat pun melihat satu perkataan Judaism di dalam ‘Old Testament” atau 
Christianity di dalam ‘New Testament”. Perkara ini amat besar dan 
mustahak. Kenapakah kita tak jumpa nama agama masing-masing dalam kitab 
berkenaan? Sebab… memang tidak ada nama agama dalam kitab tersebut 
..Saya pun berfikir.. Judaism datang daripada perkataan “Juda” dan “ism”
 sementara Christinity daripada perkataan “Christ” dan ” ianity”…
Jadi siapakah Juda ini? Dia adalah ketua kabilah Hebrew ketika tuhan 
menurunkan wahyu kepada manusia. Jadi agama ini dinamakan daripada nama 
seseorang.. Ok.. kita tengok pula siapakah Jesus Christ. Dia adalah 
orang yang menyampaikan risalah tuhan kepada golongan Yahudi. Jadi, 
kesimpulannya agama ini dinamakan dengan nama manusia.
Bercanggah dengan fakta, agama Judaism dan Christinity tidak ada 
disebutkan dalam kitab suci mereka.. Bagi aku ini sangat pelik.. aku tak
 boleh terima.
Kalaulah aku jual barang dari rumah ke rumah dan aku cakap pada tuan 
rumah “Tuan nak beli barangan (tiada nama)? Tentu sekali jawapan logik 
adalah “Apakah barangan (tiada nama) ini dipanggil?.. Pasti saya takkan 
dapat menjual walau satu produk pun yang tiada nama, bukan ?
Menamakan sesuatu adalah perkara asas manusia menentukan objek baik 
secara fizikal atau bukan fizikal. Kalau agama yang hendak dianuti dan 
disebar kepada manusia di atas mukabumi, tentu sekali ianya mesti ada 
nama.
Sudah tentu sekali nama agama adalah nama yang diberikan oleh tuhan 
yang maha Esa? Aku yakin macam tu… tepat sekali.. Nama Judaism dan 
Christianity tidak ditulis dalam kitab suci mereka, manusia yang 
ciptakannya bukan tuhan. Kenyataan yang tuhan menurunkan agama untuk 
manusia ikuti tanpa nama adalah mustahil pada pendapat aku… Tak masuk 
akal.
Pada hujah ini, Judaism dan Christianity dah hilang kredibiliti 
sebagai asli, logik dan menyeluruh sebagai sebuah agama daripada 
pandanganku. Islam adalah hanya satu agama yang ada nama agamanya 
tercatat dalam kitab suci,,,, ini sangat penting dan bermakna bagiku.
Aku kini menyedari aku wajib mengikuti Islam…….kemudian aku mengucap 
syahadah…aku bersyukur diketemukan dengan kebenaran. Dulu aku dalam 
kegelapan ..kini aku dalam cahaya kebenaran..
Allahu Akbar…….
Oleh Michael David Shapiro
Wallahualam..”
