Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu 
beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan 
air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu 
saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan 
sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi 
saya tidak mahu.
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah 
saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer 
kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak
 sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari
 arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia 
menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori 
tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak
 saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya.
 Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula
 terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda 
kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori 
itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah
 feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri
 itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu
 lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu 
bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya 
tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting 
Highlands dan terus ke tempat kemalangan.. Dia melanggar pemandu feri 
yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang 
putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun 
sampai. Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri 
itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. 
Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang
 telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu 
dia menjerit menggunakan pembesar suara. 
Orang ramai terperanjat dan 
semuanya mati. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi 
pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah.
 Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari 
emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya 
masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu
 lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” 
dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting 
Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu 
lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam 
bahasa Inggeris.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih 
ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu
 kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran 
yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya
 terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai 
di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah 
saya lihat sebelum saya mati.

