Alexander Pertz dilahirkan dari kedua orang tua 
Kristian pada tahun 1990. Sejak awal ibunya telah memutuskan untuk 
membiarkannya memilih agamanya jauh dari pengaruh keluarga atau 
masyarakat.
Apabila dia boleh membaca dan menulis, maka ibunya memberi untuknya
 buku-buku agama dari seluruh agama, baik agama langit atau agama bumi.
Setelah membaca buku-buku secara mendalam,
Alexander memutuskan untuk menjadi seorang muslim. Padahal ia tak pernah bertemu muslim seorangpun.
Alexander memutuskan untuk menjadi seorang muslim. Padahal ia tak pernah bertemu muslim seorangpun.
Dia sangat cinta dengan agama ini sampai pada tahap dia mempelajari
 solat, dan mengerti banyak hukum-hukum syar’i, membaca sejarah Islam, 
mempelajari banyak kalimat bahasa Arab, menghafal sebahagian surah dan 
belajar azan.
Semua itu tanpa bertemu dengan seorang muslim pun. Berdasarkan bacaan-bacaan tersebut dia memutuskan untuk mengganti namanya menjadi Muhammad Abdullah, dengan tujuan agar mendapatkan keberkahan Rasulullah SAW yang dia cintai sejak masih kecil.
Salah seorang wartawan muslim menemuinya dan bertanya pada anak 
tersebut. Namun, sebelum wartawan tersebut bertanya kepadanya, anak 
tersebut balik bertanya kepada wartawan itu, ”Apakah engkau seorang yang
 hafal Al Quran?”
Wartawan itu berkata: ”Tidak.” Namun wartawan tersebut dapat merasakan kekecewaan anak itu atas jawapannya.
….Setelah membaca buku-buku secara mendalam, Alexander memutuskan untuk menjadi seorang muslim. Padahal ia tak pernah bertemu muslim seorangpun….
Anak itu kembali berkata, ”Akan tetapi engkau adalah seorang 
muslim, dan mengerti bahasa Arab, bukankah demikian?” dia menghujani 
wartawan itu dengan banyak pertanyaan.
”Apakah engkau telah menunaikan ibadah haji? Apakah engkau telah 
menunaikan ’umrah? Bagaimana engkau boleh mendapatkan pakaian ihram? 
Apakah pakaian ihram tersebut mahal? Apakah mungkin aku membelinya di 
sini, ataukah mereka hanya menjualnya di Arab Saudi saja? Kesulitan apa 
yang engkau alami tinggal sebagai seorang muslim di komuniti yang bukan 
Islami?”
Setelah wartawan itu menjawab berdasarkan pengetahuannya, anak itu 
kembali berbicara dan menceritakan tentang beberapa hal berkenaan dengan
 kawan-kawannya, atau gurunya, sesuatu yang berkenaan dengan makan atau 
minumnya, peci putih yang dikenakannya, ghutrah (serban) yang 
dia lingkarkan di kepalanya dengan model Yaman, atau berdirinya di taman
 umum untuk mengumandangkan azan sebelum dia shalat.
Kemudian ia berkata dengan penuh penyesalan, ”Terkadang aku 
kehilangan sebahagian solat kerana tidak tahu tentang waktu-waktu 
solat.”
Kemudian wartawan itu bertanya pada beliau ”Apa yang membuatmu 
tertarik pada Islam? Mengapa engkau memilih Islam, tidak yang lain 
sahaja?” dia diam sesaat kemudian menjawab.
”Aku tidak tahu, segala yang aku ketahui adalah dari yang aku baca 
tentang Islam, dan setiap kali aku menambah bacaanku, maka semakin 
banyak kecintaanku pada Islam.” 
….Segala yang aku ketahui adalah dari yang aku baca tentang Islam, dan setiap kali aku menambah bacaanku, maka semakin banyak kecintaanku pada Islam….
Wartawan bertanya kembali, ”Apakah engkau telah puasa Ramadhan?”
Muhammad tersenyum sambil menjawab, ”Ya, aku telah puasa Ramadhan 
yang lalu secara sempurna. Alhamdulillah, dan itu adalah pertama kalinya
 aku berpuasa di dalamnya. Dulunya sukar, terutama pada hari-hari 
pertama”.
Kemudian dia meneruskan : ”Ayahku telah menakutkan aku bahawa aku 
tidak akan mampu berpuasa, akan tetapi aku berpuasa dan tidak 
mempercayai hal tersebut”.
”Apa cita-citamu?” tanya wartawan
Dengan cepat Muhammad menjawab, ”Aku memiliki banyak cita-cita. Aku ingin menunaikan haji ke Mekah dan mencium Hajar Aswad”.
”Sungguh aku perhatikan bahawa keinginanmu untuk menunaikan ibadah 
haji adalah sangat besar. Adakah penyebab hal tersebut?” tanya wartawan 
lagi.
Ibu Muhammad untuk pertama kalinya turut menyampuk dia berkata: 
”Sesungguhnya gambar Ka’bah telah memenuhi biliknya, sebahagian manusia 
menyangka bahawa apa yang dia lewati pada masa sekarang hanyalah semacam
 khayalan, semacam angan-angan yang akan berhenti pada suatu hari. Akan 
tetapi mereka tidak mengetahui bahwa dia tidak hanya sekadar serius, 
melainkan mengimaninya dengan sangat dalam sampai pada tahap yang tidak 
boleh dirasakan oleh orang lain”.
Kelihatan senyuman di wajah Muhammad ’Abdullah, dia melihat ibunya 
yang membelanya. Kemudian dia memberikan keterangan kepada ibunya 
tentang tawaf di sekitar Ka’bah, dan bagaimanakah haji sebagai sebuah 
lambang persamaan antara sesama manusia sebagaimana Tuhan telah 
menciptakan mereka tanpa memandang perbezaan warna kulit, bangsa, kaya, 
atau miskin.
Kemudian Muhammad meneruskan, ”Aku sudah menabung dengan 
mengumpulkan baki wang sakuku agar aku boleh pergi ke Mekah 
Al-Mukarramah. Aku mendengar bahawa perjalanan ke sana memerlukan 
perbelanjaan 4 ribu dollar, dan sekarang aku mempunyai 300 dollar.”
….Aku sudah menabungkan baki wang sakuku agar aku boleh pergi ke Mekah Al-Mukarramah. Perjalanan ke sana memerlukan perbelanjaan 4 ribu dollar, dan sekarang aku mempunyai 300 dollar….
Ibunya menghampirinya lalu berkata untuk berusaha menghilangkan 
kesan kebimbangannya, ”Aku sama sekali tidak keberatan dan 
menghalanginya pergi ke Mekah, akan tetapi kami tidak memiliki cukup 
wang untuk menghantarnya dalam waktu terdekat ini.”
”Apakah cita-citamu yang lain?” tanya wartawan kepada anak ini.
“Aku bercita-cita agar Palestin kembali ke tangan kaum muslimin. 
Ini adalah bumi mereka yang dicuri oleh orang-orang Israel (Yahudi) dari
 mereka,” jawab Muhammad.
Ibunya melihat kepadanya dengan penuh kehairanan. Maka dia pun 
memberikan isyarat bahawa sebelumnya telah terjadi perdebatan antara dia
 dengan ibunya kerana isu ini.
Muhammad berkata, ”Ibu, engkau belum membaca sejarah, bacalah 
sejarah, sungguh benar-benar telah terjadi perampasan terhadap 
Palestin.”
….Cita-citaku adalah aku ingin belajar bahasa Arab, menghafal Al-Quran, dan belajar di negeri Islam….
”Apakah engkau mempunyai cita-cita lain?” tanya wartawan lagi.
Muhammad menjawab, “Cita-citaku adalah aku ingin belajar bahasa Arab, dan menghafal Al-Quran.”
“Apakah engkau berkeinginan belajar di negeri Islam?” tanya wartawan
“Tentu!” tegasnya.
”Apakah engkau memiliki kesusahan dalam hal makanan? Bagaimana engkau menghindari daging babi?”
Muhammad menjawab, ”Babi adalah haiwan yang sangat kotor dan 
menjijikkan. Aku sangat hairan, bagaimanakah mereka memakan dagingnya. 
Keluargaku mengetahui bahwa aku tidak memakan daging babi, oleh kerana 
itu mereka tidak menghidangkannya untukku. Dan jika kami pergi ke 
restoran, maka aku beritahu kepada mereka bahawa aku tidak memakan 
daging babi.”
”Apakah engkau solat di sekolah?”
”Ya, aku telah membuat sebuah tempat rahsia di perpustakaan. Aku solat di sana setiap hari,” jawab Muhammad.
Kemudian datanglah waktu solat maghrib di tengah wawancara. Anak 
itu langsung berkata kepada wartawan, “Apakah engkau mengizinkanku untuk
 mengumandangkan azan?”
Kemudian dia berdiri dan mengumandangkan azan. Dan tanpa terasa, 
air mata mengalir di kedua mata wartawan ketika melihat dan mendengarkan
 anak itu menyuarakan azan.
Subhanallah!!
Subhanallah!!
# Anak ini sudah berumur 21 tahun pada hari ini.


