Luangkanlah masa untuk membaca tentang kejadian masa lalu dan yang akan datang. Anda mestilah benar-benar mengetahui apa yang berlaku di Palestin pada hari ini. Ketahuilah apa yang Zionis lakukan dan yang lebih penting anda tahu mengapa dan kenapa?
Pertama.
  Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan  
merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca  
melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri  
kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata 
 di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.
Penggalian yang merosakkan asas binaan masjid Al-Aqsa
Pihak
  Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al-Aqsa. Mereka mengakui  
secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa untuk  
"membangkitkan semula "Temple of Solomon." iaitu Kuil Sulaiman.
Arkeologi
  dan ahli kaji sejarah mengetahui bahawa runtuhan "Kuil Sulaiman"  
terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. Kita tidak tahu berapa dalam  
penggalian tersebut, namun kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan 
 sahaja perkara ini berlaku. Ini memerlukan perhatian dunia Islam.
Saudara Islam seluruh dunia harus tahu apa yang berlaku dan kesan pengalian ini. Ini satu kebenaran yang mengejutkan.
Mereka begitu bangga dengan hasil
kerja mereka (Gambar di bawah masjid)
kerja mereka (Gambar di bawah masjid)
Kubah emas bukanlah Masjidil Al-Aqsa tetapi adalah Masjid Batu bergantung "Dome Of The Rock".
  Setiap kali Masjidil Aqsa diucapkan di media, mereka akan menunjukkan 
 Masjid "Dome of the rock" sebagai Masjidil Al-Aqsa. Sehingga orang  
ramai tidak mengetahui yang mana satu Masjidil Al-Aqsa yang sebenarnya.
Dome Of The Rock
Ini
  merupakan cara Zionis. Mungkin sehinggakan Masjidil Al-Aqsa  
dihancurkan, umat Islam tidak mengetahui akan kehancurannya. Menjadi  
kewajipan umat Islam untuk tahu yang mana satu masjidil Al-Aqsa yang sebenarnya.
Rupa Masjidil Al-Aqsa yang sebenarnya
Kenapa
  pencerobohan harus dilakukan kepada Masjidil Al-Aqsa? Adakah 
disebabkan  nilai tanahnya atau lain-lain sebab musabab yang dikehendaki
 oleh  Yahudi!
Nabi Sulaiman A.S Dan Rahsia Yang Tertanam Di Bawah Masjidil A-Aqsa
Berbalik
  kepada sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS atau Raja Sulaiman yang  
bertanggungjawab membina apa yang dikenali sebagai Kuil Sulaiman". Nabi Sulaiman As berbeza dari Nabi-nabi yang lain kerana baginda di beri Allah SWT boleh menguasai umat manusia, dan bangsa jin.
Nabi Sulaiman ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah dalam hanya SATU tuhan sahaja. Perkara
  ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang 
 kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme (ilmu ghaib). Baginda  
memerintahkan pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas  
setiap buku, naskah, kitab-kitab yang tertulis segala ilmu sihir dimana 
 amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Amalan 
ini  berkaitan berkaitan dengan jin dan setan.
Dalam
  Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan  
kepada kita bahawa Jin dan Manusia tidak boleh berhubung kait walaupun  
hidup di dimensi yang sama dengan manusia, tetapi tidak boleh  
berkomunikasi antara satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka  
boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak wujudnya
  seperti Jin "baik" atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan 
 berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT.
Jadi
  arahan Nabi Sulaiman AS supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang
  berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan  
semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana  
baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak akan ada sesiapa yang boleh 
 mendapatkan atau mencurinya.
Baginda
  menanamkan buku-buku ajaran sihir itu di bawah tapak kuil tersebut.  
Baginda melantik beberapa orang kesatria yang di kenali sebagai "Knights of the temple of Solomon" (Knight Templar) untuk menjaga kuil Sulaiman itu siang dan malam.
Lambang Knight Templar yang digunakan
Kesatria
  melakukan tugasan yang diberikan pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman  
a.s wafat, The Knights menemui apa yang terdapat di bawah kuil itu.  
Mereka menyedari akan kepentingan perkara ini, rahsia amalan sihir  
berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka  
pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan. Mereka  
benar-benar jauh dari agama Nabi Musa dan Allah SWT. Dan tenggelam di  
bawah kuasa dan pengaruh Iblis.Kerana ritual yang mereka jalankan,  
mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di  
negara itu. 
Ahli
  okultisme menegaskan bahawa Syaitan memberi penghargaan kepada  
pengikutnya dengan kekayaan duniawi. Mereka boleh membuat apa sahaja  
seperti memberi dan menerima rasuah, maksiat, kerosakan di bumi, dan  
banyak lagi yang menyimpang dari ajaran sebenar di dalam Islam. Mereka  
juga percaya bahawa Syaitan meyakinkan mereka, melalui para imam dan  
pendeta tinggi, bahawa 'kuasa' itu adalah Allah yang nyata.
Selama
  berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar  
menggelarkan mereka sebagai "Free Mason". Dengan kekuatan yang  
terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia  
melalui kumpulan-kumpulan rahsia.
Semua
  ini dilakukan dengan satu tujuan iaitu mengikut kehendak tuhan Syaitan
  dan sebagai langkah untuk menyambut kedatangan Dajjal bermata satu 
yang  mewakili syaitan di bumi. Simbol mereka adalah piramid dan di 
atasnya  terdapat "all seeing eye" yang bermata satu. Perlu diketahui bahawa orang Mesir kuno juga mempunyai tuhan yang bermata satu dikenali sebagai Mata Ra dan Mata Osiris. Ingat bahawa ilmu hitam adalah diajar dari orang-orang kafir dari Mesir kuno.
Jadi
  jika freemason sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan "harta  
rahsia" ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil  
Al-Aqsa?
Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan tuhan mereka iaitu "Dajjal".
Apa Yang Islam Dan Nabi Muhammad SAW Memperingati Kita Tentang Kedatangan Dajjal
1.
  Dalam Islam kita tahu Dajjal adalah Nabi palsu. Dajjal akan meniru  
seperti nabi sejati dalam segala hal. Nabi yang sebenar adalah Nabi Isa 
 AS yang akan datang semula untuk memerintah dunia dari Jerusalem. Jadi 
 disitulah Dajjal akan tiba di atas tanah suci, Jerusalam.
2.
  Nabi Muhammad SAW berkata kepada kami bahawa Dajjal dikeluarkan dari  
dunia ini. Dengan demikian ia telah berada di planet ini sejak zaman  
Rasulullah SAW. Kami diberitahu bahawa Dajjal akan hidup di bumi selama 
 40 hari (satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu 
hari  seperti seminggu, dan selebihnya seperti hari biasa Ingat 1 tahun 
 surgawi. Adalah sama dengan 1000 tahun manusia. anda melakukan  
matematik). Ini membuktikan bahawa ia adalah jin yang kuat, seperti jin 
 boleh hidup selama ribuan tahun.
3. Semua Nabi-nabi memperingatkan kaum mereka tentang Nabi palsu ini.
4.
  Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu kedatangan Dajjal dan  
memperingatkan kita untuk mengetahui bahawa Allah SWT tidak "bermata  
satu". Dajjal juga akan mempunyai perkataan kafir di dahinya. Nabi  
Muhammad SAW juga memberi amaran, bahawa setiap Muslim setelah mendengar
  "kedatangan" Dajjal perlu memaling muka daripada memandang wajah  
Dajjal. Dan membelakangkan dan terus berjalan menjauhkan diri darinya.  
Tidak melihat ke arahnya, atau berjalan ke arahnya. Jangan ingin tahu  
dan Nabi SAW memberi amaran bahawa orang yang terkuat imannya akan diuji
  dan mudah boleh jatuh korban fitnah Dajjal, kerana Dajjal adalah  
"Master of Deception".
Zionis
  pernah menyebut bahawa kawasan diantara sungai Nil dan Furat  
sebagaimana adanya "tanah yang dijanjikan". Mereka harus membina kuil  
asal untuk menyambut kedatangan Dajjal.
Jadi Di Mana Tapak Kuil Sion Yang Asal?
Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Sion adalah di bawah Kuil Sulaiman. Ini
  sebabnya mengapa yahudi/zionist ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa  
supaya mereka dapat membangunkan semula kuil dibawah Masjidil Al-Aqsa.
Gambaran Temple of Solomon oleh pelukis
Perkara
  ini menjelaskan mengapa Kerajaan AS begitu baik dengan Israel. Mereka 
 mempunyai tujuan yang sama, dan kepercayaan bersama. Mereka bekerja  
untuk sebuah kekuatan yang jauh lebih besar, dan jauh lebih jahat dan  
penuh dengan penipuan. Inilah sebabnya mengapa dasar luar negeri AS  
adalah pro-Israel, bahkan mereka mengetepikan rakyat mereka sendiri.  
Inilah sebabnya mengapa mereka membiarkan Palestin diserang  
berkali-kali. Mereka memang berniat untuk menghancurkan Masjidil  
Al-Aqsa. 
Replika Solomon's Temple
Dan
  inilah sebabnya mengapa mereka menggambarkan orang-orang Arab dan  
Muslim sebagai pengganas. Mereka ingin menghasut dan mengubah dunia  
supaya melawan dan membenci orang Islam, kerana faktanya adalah,  
orang-orang yang akan terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah  
orang-orang Muslim. Muslim memahami pentingnya Masjidil Al-Aqsa, ia  
adalah kiblat pertama umat Islam. Oleh kerana itu orang-orang Muslim  
adalah musuh dajjal dan Amerika adalah murid-murid Dajjal.
Dalam
  Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum  
kedatangan Dajjal adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa yang sedang  
berlaku sebagaimana yang anda baca ini.
Semoga
  Allah SWT melindungi kita semua dari kejahatan Dajjal dan pengikutnya.
  Semoga cahaya Islam bersinar terang dari sebelumnya.
Dan bukti kedatangan Dajjal dan akhir zaman adalah kehancuran Masjidil Al-Aqsa.
 


