“kulit berwarna merah jambu seolah-olah ia kelihatan seperti sejenis babi yang gagal dari eksperimen genetik”
       Baka anjing pelik telah dilihat merayau di sekitar jalan-jalan Xinxiang 
di Wilayah Henan, Tengah China, mencetuskan kebimbangan dimana ia telah 
terlepas dari sebuah pusat penyelidikan perubatan yang berdekatan.
Dengan kulit berwarna pelik dan badan tidak berbulu, ramai pemerhati 
berspekulasi bahawa baka yang jarang dilihat ini mungkin dari jenis babi
 mutan pelik.
Walau bagaimanapun ia kelihatan pelik dengan rerambut
 berbulu putih di kepala, ekor merekot dan taring ganjil tetapi ada yang
 melihatnya seperti seekor kuda mini.
Seorang saksi berkata, “kulit berwarna merah jambu seolah-olah ia 
kelihatan seperti sejenis babi yang gagal dari eksperimen genetik”.
Bagaimanapun, polis telah menafikan haiwan itu adalah subjek eksperimen 
genetik – mengesahkan ia adalah sebenarnya satu baka yang dikenali 
sebagai anjing crested Cina yang tidak berbulu.
“Ia sudah tentu anjing, dan ia agak mahal”, kata seorang jurucakap.
Baka asing kerap ditampilkan sebagai saingan dalam Pertandingan Tahunan Dunia Anjing Paling Hodoh yang diadakan di California.

