Ibnu Abi Hatim dalam kitab Tafsir:
“Bercerita kepadaku ayahku, yang didengarnya dari Abdul Aziz Al-Ausiy,
dari Ali bin Abu Ali, dari Jakfar bin Muhammad bin Ali bin Husain, dari
ayahnya, katanya Ali bin Abi Talib berkata: “Ketika wafat Rasulullah
SAW, datanglah ucapan takziah. Datang kepada mereka (keluarga Nabi SAW)
orang yang memberi takziah. Mereka mendengar orang memberi takziah
tetapi tidak melihat orangnya. Bunyi suara itu begini:
‘Assalamu Alaikum Ahlal Bait
Warahmatullahi Wabarakatuh. Setiap yang bernyawa akan merasakan mati.
Hanyasanya disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesungguhnya
dalam agama Allah ada pemberi takziah bagi setiap musibah, bagi Allah
ada pengganti setiap ada yang binasa, begitu juga menemukan bagi setiap
yang hilang. Kepada Allah-lah kamu berpegang dan kepada-Nya mengharap.
Sesungguhnya orang yang diberi musibah adalah yang diberi ganjaran
pahala.”
Berkata Jakfar: “Bercerita kepadaku
ayahku bahawa Ali bin Abi Talib ada berkata: “Tahukah kamu siapa ini?
Ini adalah suara Nabi Khidir.” Berkata Muhammad bin Jakfar: “Adalah ayahku, iaitu Jakfar bin Muhammad, menyebutkan tentang riwayat dari ayahnya, dari datuknya, dari Ali bin Abi Talib bahawa datang ke rumahnya satu rombongan kaum Quraisy kemudian dia berkata kepada mereka: “Mahukah kamu aku ceritakan kepada kamu tentang Abul Qasim (Muhammad SAW)?”
Ini adalah suara Nabi Khidir.” Berkata Muhammad bin Jakfar: “Adalah ayahku, iaitu Jakfar bin Muhammad, menyebutkan tentang riwayat dari ayahnya, dari datuknya, dari Ali bin Abi Talib bahawa datang ke rumahnya satu rombongan kaum Quraisy kemudian dia berkata kepada mereka: “Mahukah kamu aku ceritakan kepada kamu tentang Abul Qasim (Muhammad SAW)?”
Kaum Quraisy itu menjawab: “Tentu sahaja mahu.”
Ali bin Abi Talib berkata: “Jibril
Alaihis salam pernah berkata kepada Rasulullah SAW: “Selamat sejahtera
ke atas kamu wahai Ahmad. Inilah akhir watanku (negeriku) di bumi.
Sesungguhnya hanya engkaulah hajatku di dunia.” Maka tatkala Rasulullah
SAW wafat, datanglah orang yang memberi takziah, mereka mendengarnya
tetapi tidak melihat orangnya. Orang yang memberi takziah itu berkata:
“Selamat sejahtera ke atas kamu wahai ahli bait. Sesungguhnya pada agama
Allah ada pemberi takziah setiap terjadi musibah, dan bagi Allah ada
yang menggantikan setiap ada yang binasa. Maka kepada Allah-lah kamu
berpegang dan kepada-Nya mengharap. Sesungguhnya orang yang diberi
musibah adalah yang diberi ganjaran pahala.” Mendengar yang demikian Ali
bin Abi Talib berkata: “Tahukah kamu siapa yang datang itu? Itu adalah
Khidir.”
Berkata Saif bin Amr At-Tamimi dalam
kitabnya Ar-Riddah, yang diterimanya dari Sa’id bin Abdullah, dari Ibnu
Umar mengatakan: “Ketika wafat Rasulullah SAW, datanglah Abu Bakar ke
rumah Rasulullah. Ketika beliau melihat jenazah Rasulullah SAW, beliau
berkata: “Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun.” Kemudian beliau bersama
sahabat-sahabat yang lain menyembahyangkan jenazah Rasulullah SAW. Pada
waktu mereka menyembahyangkan jenazah Rasulullah SAW, mereka mendengar
suara ajaib. Selesai solat dan mereka pun semuanya sudah diam, mereka
mendengar suara orang di pintu mengatakan: “Selamat sejahtera ke atas
kamu wahai Ahli Bait. Setiap yang bernyawa akan merasakan kematian.
Hanyasanya disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesungguhnya pada
agama Allah ada pengganti setiap ada yang binasa dan ada kelepasan dari
segala yang menakutkan. Kepada Allah-lah kamu mengharap dan dengan-Nya
berpegang. Orang yang diberi musibah akan diberi ganjaran. Dengarlah itu
dan hentikan kamu menangis itu.”
Mereka melihat ke arah suara itu tetapi
tidak melihat orangnya. Kerana sedihnya mereka menangis lagi. Tiba-tiba
terdengar lagi suara yang lain mengatakan: “Wahai Ahli Bait, ingatlah
kepada Allah dan pujilah Dia dalam segala hal, maka jadilah kamu
golongan orang mukhlisin. Sesungguhnya dalam agama Allah ada pemberi
takziah setiap terjadi musibah, dan ada pengganti setiap ada yang
binasa. Maka kepada Allah-lah kamu berpegang dan kepada-Nya taat.
Sesungguhnya orang yang diberi musibah adalah orang yang diberi pahala.”
Mendengar yang demikian itu berkata Abu Bakar: “Ini adalah Khidir dan
Ilyas. Mereka datang atas kematian Rasulullah SAW.”
Berkata Ibnu Abu Dunia, yang didengarnya
dari Kamil bin Talhah, dari Ubad bin Abdul Samad, dari Anas bin Malik,
mengatakan: “Sewaktu Rasulullah SAW meninggal dunia, berkumpullah
sahabat-sahabat beliau di sekeliling jenazahnya menangisi kematian
beliau. Tiba-tiba datang kepada mereka seorang lelaki yang bertubuh
tinggi memakai kain panjang. Dia datang dari pintu dalam keadaan
menangis. Lelaki itu menghadap kepada sahabat-sahabat dan berkata:
“Sesungguhnya dalam agama Allah ada pemberi takziah setiap terjadi
musibah, ada pengganti setiap ada yang hilang. Bersabarlah kamu kerana
sesungguhnya orang yang diberi musibah itu akan diberi ganjaran.”
Kemudian lelaki itu pun menghilang
daripada pandangan para sahabat. Abu Bakar berkata: “Datang ke sini
lelaki yang memberi takziah.” Mereka memandang ke kiri dan kanan tetapi
lelaki itu tidak nampak lagi. Abu Bakar berkata: “Barangkali yang datang
itu adalah Khidir, saudara nabi kita. Beliau datang memberi takziah
atas kematian Rasulullah SAW.”
Dari tadi sudah banyak kita lihat
ucapan-ucapan takziah yang hampir sama kata-katanya. Ada yang mengatakan
hadis ini daif. Ubad yang meriwayatkan hadis ini tidak diiktiraf oleh
Imam Bukhari.
Berkata Ibnu Syahin dalam kitabnya
Al-Jana’iz: “Bercerita kepada kami Ibnu Abu Daud, dari Ahmad bin Amr,
dari Ibnu Wahab, dari Muhammad bin Ajlan, dari Muhammad bin Mukandar,
berkata: “Pernah pada suatu hari Umar bin Khattab menyembahyangkan
jenazah, tiba-tiba beliau mendengar suara di belakangnya: “Ala,
janganlah duluan dari kami mengerjakan solat jenazah ini. Tunggulah
sudah sempurna dan cukup orang di belakang baru memulakan takbir.”
Kemudian lelaki itu berkata lagi: “Kalau engkau seksa dia ya Allah, maka
sesungguhnya dia telah derhaka kepada-Mu. Tetapi kalau Engkau mahu
mengampuni dia, maka dia betul-betul mengharap keampunan daripada-Mu.”
Umar bersama sahabat-sahabat yang lain sempat juga melihat lelaki itu.
Tatkala mayat itu sudah dikuburkan, lelaki itu masih meratakan tanah itu
sambil berkata: “Beruntunglah engkau wahai orang yang dikuburkan di
sini.”
Umar bin Khattab berkata: “Tolong bawa
ke sini lelaki yang bercakap itu supaya kita tanya tentang solatnya dan
maksud kata-katanya itu.” Tiba-tiba lelaki itu pun sudah menghilang dari
pandangan mereka. Mereka mencari ke arah suaranya tadi tiba-tiba mereka
melihat bekas telapak kakinya yang cukup besar. Umar bin Khattab
berkata: “Barangkali yang datang itu adalah Khidir yang pernah
diceritakan oleh Nabi kita Muhammad SAW.”
Ada juga yang mengatakan hadis ini tidak sahih. Kata Ibnu al-Jauzi hadis ini majhul (tidak dikenal) dan dalam sanadnya ada yang terputus di antara Ibnul Mukandar dengan Umar.
Ada juga yang mengatakan hadis ini tidak sahih. Kata Ibnu al-Jauzi hadis ini majhul (tidak dikenal) dan dalam sanadnya ada yang terputus di antara Ibnul Mukandar dengan Umar.
Khidir datang menegur peniaga
Berkata Ibnu Abu Dunia: “Bercerita
kepadaku ayahku, yang didengarnya dari Ali bin Syaqiq, dari Ibnu
Al-Mubarak, dari Umar bin Muhammad bin Al-Mukandar, berkata: “Ada
seorang peniaga yang banyak memuji-muji barangnya dan banyak bersumpah
untuk meyakinkan orang lain (pembeli). Tiba-tiba datang kepadanya
seorang tua dan berkata: “Wahai peniaga, juallah barangmu tetapi jangan
banyak bersumpah.” Peniaga itu masih banyak bercakap dan bersumpah, yang
menyebabkan orang tua itu berkata lagi: “Wahai pedagang, berniagalah
secara jujur dan jangan banyak bersumpah.” Bahkan orang tua itu berkata
lagi: “Berniagalah secara yang patut sahaja.” Peniaga itu berkata:
“Inilah yang patut saya lakukan.” Kemudian orang tua itu berkata:
“Utamakanlah kejujuran walaupun berat melakukannya dan tinggalkan
berbohong walaupun ia akan membawa keuntungan.”
Akhirnya peniaga itu berkata: “Kalau
begitu tuliskanlah semua apa yang engkau sebutkan ini. “Orang tua itu
berkata: “Kalau ditakdirkan sesuatu itu maka adalah ia.” Menurut mereka
yang datang menegur itu adalah Nabi Khidir.
Diriwayatkan oleh Abu Amr, dari Yahya
bin Abi Talib, dari Ali bin Ashim, dari Abdullah, berkata: “Pernah Ibnu
Umar duduk-duduk di satu tempat, sedangkan seorang lelaki (tidak berapa
jauh dari tempatnya) sudah mula membuka jualannya. Peniaga itu banyak
bersumpah untuk melariskan jualannya. Tiba-tiba datang kepadanya seorang
lelaki dan berkata: “Takutlah kepada Allah dan jangan berbohong.
Hendaklah engkau berkata jujur walaupun berat melakukannya dan jauhilah
berdusta walaupun ia membawa manfaat. Dan jangan tambah-tambah dari
cerita orang lain (apa yang ada).”
Ibnu Umar yang mendengar teguran orang
tua itu berkata kepada peniaga itu: “Pergi ikuti dia dan suruh supaya
dia tulis apa yang disebutkannya tadi.” Peniaga itu pergi mengikutinya
dan meminta supaya menuliskan apa yang disebutkannya tadi tetapi orang
tua itu hanya berkata: “Kalau sesuatu itu sudah ditentukan Allah, maka
adalah ia.” Kemudian orang tua itu pun tiba-tiba sahaja menghilang.
Peniaga itu kembali menjumpai Ibnu Umar serta menceritakan apa jawapan
orang tua itu. Ibnu Umar berkata: “Yang datang itu adalah Nabi Khidir.”
Tetapi kata Ibnu Al-Jauzi hadis-hadis
yang diriwayatkan oleh Ali bin Ahsim daif. Bahkan katanya Ali bin Ashim
itu lemah ingatannya.
Ada juga riwayat yang hampir sama dengan
ini menyebutkan: “Ada dua orang lelaki yang berjualan tidak berapa jauh
dari Abdullah bin Umar. Salah seorang dari peniaga itu banyak bersumpah
untuk melariskan barang-barang jualannya. Ketika ghairah bercerita
mempromosikan jualannya, tiba-tiba datang seorang lelaki kemudian
berkata kepada peniaga yang banyak bersumpah itu: “Wahai hamba Allah,
takutlah kepada Allah dan jangan banyak bersumpah. Sesungguhnya tidak
akan bertambah rezekimu jika engkau banyak bersumpah. Dan sebaliknya,
tidak akan mengurangkan kepada rezekimu jika engkau tidak bersumpah.
Oleh itu bercakaplah yang wajar-wajar sahaja.”
Peniaga itu menjawab: “Inilah yang saya anggap wajar.”
Lelaki tua itu mengulang nasihatnya
lagi. Dan ketika dia sudah mahu pergi, dia berkata lagi: “Ketahuilah
bahawa termasuk daripada iman ialah mengutamakan kejujuran walaupun
berat melaksanakannya dan meninggalkan pembohongan walaupun dianggap
membawa keuntungan.”
Setelah memberi nasihat atau teguran,
lelaki itu pun pergi. Ibnu Umar berkata kepada peniaga itu: “Kejar dia
dan minta supaya ditulisnya apa yang disebutkannya tadi.” Peniaga itu
pergi mengejarnya dan berkata kepadanya: “Wahai hamba Allah, tuliskanlah
apa yang engkau sebutkan tadi supaya tuan dirahmati Allah.” Lelaki itu
tidak ada menulisnya tetapi mengulangi apa yang disebutkannya tadi.
Jadi, menurut Ibnu Umar yang datang itu adalah Nabi Khidir.
Kisah Khidir dan Abu Mahjan
Diriwayatkan oleh Saif dalam kitab
Al-Futuh, bahawa satu jemaah berada bersama Saad bin Abi Waqqas, maka
mereka melihat Abu Mahjan berperang, maka yang meriwayatkan ini pun
menceritakan kisah Abu Mahjan secara panjang lebar. Dari kesimpulan
cerita-cerita mereka mengatakan bahawa Nabi Khidir masih hidup pada
zaman itu.
Berkata Abu Abdullah bin Battah:
“Bercerita kepada kami Syuaib bin Ahmad, yang didengarnya dari ayahnya,
dari Ibrahim, bin Abdul Hamid, dari Ghalib bin Abdullah, dari Hasan
Basri berkata: “Seorang lelaki berfahaman Ahli Sunnah Waljamaah
berlainan pendapat dan berhujah dengan seorang lelaki bukan Ahli Sunnah.
Mereka berdebat mengkaji masalah qadar. Mereka berdebat di
tengah-tengah perjalanan. Masing-masing mereka mempertahankan
pendapatnya dan berbantah dengan suara yang kuat tetapi akhirnya sepakat
siapa yang duluan datang ke tempat mereka berhujah itu akan diangkat
sebagai pemutus di antara mereka.
Tidak lama kemudian, muncullah seorang
lelaki memikul bungkusan sedangkan rambut dan pakaiannya sudah berabu
dan jalannya menunjukkan seolah-olah sudah kepenatan. Mereka berkata
kepada lelaki itu: “Tadi kami berdebat tentang qadar dan masing-masing
di antara kami memberikan hujah dan dalilnya tetapi tidak tahu siapa di
antara kami yang benar. Kami sudah sama-sama setuju bahawa siapa orang
yang mula-mula datang ke tempat ini akan kami angkat sebagai hakim. Maka
sekarang kami minta tolong kepada tuan untuk menghakimi kami.”
Lelaki itu meletakkan bungkusannya
kemudian duduk. Setelah berehat sebentar dan nafasnya sudah mulai
tenang, dia berkata: “Kalau begitu duduklah kamu disini.” Kemudian
lelaki itu menghakimi mereka secara bijaksana.” Menurut Hasan Basri
lelaki yang mengadili mereka itu adalah Nabi Khidir.
Nabi Khidir memberi pengajaran
Diriwayatkan oleh Hammad bin Umar, dari
A-Sara bin Khalid, dari Jakfar bin Muhammad, dari ayahnya, dari datuknya
Ali bin Husain, katanya pembantu mereka pergi berlayar menaiki kapal.
Ketika dia mahu mendarat tiba-tiba dia melihat di atas pantai duduk
seorang lelaki yang sedang menerima hidangan makanan dari langit.
Makanan itu diletakkan di hadapannya kemudian dia pun memakannya.
Setelah dia kenyang, makanan itu diangkat semula ke langit. Pembantu
yang merasa hairan itu memberanikan dirinya mendekati orang itu sambil
berkata kepadanya: “Hamba Allah yang manakah engkau ini?” Lelaki itu
berkata: “Aku adalah Khidir yang barangkali engkau sudah pernah
mendengar nama itu.” Pembantu itu bertanya lagi: “Dengan (amalan) apakah
didatangkan kepadamu makanan dan minuman ini?”
Lelaki itu menjawab: “Dengan nama Allah yang Maha Agung.”
Diriwayatkan oleh Ahmad dalam kitab
Al-Zuhdi, yang diterima dari Hammad bin Usamah, dari Mas’ar, dari Maan
bin Abdul Rahman, dari Aun bin Abdullah, dari Utbah, dari Ibnu Mas’ud,
mengatakan: “Ada seorang lelaki di Mesir sedang bercucuk tanam di
kebunnya. Ketika itu dia sedang gelisah dan dia tunduk mengerjakan
ladangnya. Ketika dia mengangkat kepalanya, tiba-tiba di melihat di
hadapannya ada seorang lelaki sedang berdiri memperhatikan apa yang
dilakukannya dan memandangi wajahnya. Lelaki itu berkata kepadanya:
“Kuperhatikan dari tadi engkau murung dan gelisah, mengapa begitu?”
Lelaki yang bercucuk tanam itu berkata: “Tidak ada apa-apa.”
Kemudian lelaki yang datang tadi
berkata: “Dunia adalah kesenangan yang sedikit dan masanya amat terhad,
dan kesenangan itu dinikmati oleh orang baik dan orang jahat. Sedangkan
akhirat kesenangan yang hakiki dan abadi.”
Mendengar yang demikian lelaki yang
bercucuk tanam itu berkata: “Sebenarnya saya sedih memikirkan keadaan
kaum muslimin sekarang ini. Orang yang datang itu berkata: “Allah SWT
akan membebaskanmu dari kesusahan kerana engkau ambil-berat terhadap
nasib kaum Muslimin. Cuba tanya siapakah orangnya yang meminta kepada
Allah kemudian Allah tidak memenuhi permintaannya, siapakah orang yang
doanya tidak terkabul? Siapakah yang berserah kepada Allah lalu Allah
tidak melindunginya?” Mus’ir berkata: “Menurut mereka orang yang memberi
pengajaran itu adalah Khidir.”
Nabi Khidir datang ke Baitul Haram
Berkata Abu Naim dalam kitab Al-Hilyah:
“Bercerita kepada kami Ubaidullah bin Muhammad, dari Muhammad bin Yahya,
dari Ahmad bin Mansur, dari Ahmad bin Jamil, katanya berkata Sufyan bin
Ainah: “Pada waktu saya tawaf di Baitullah, tiba-tiba saya melihat
seorang yang sedang memimpin satu kumpulan manusia mengerjakan tawaf.
Saya bersama orang yang berdiri di sekelilingku memperhatikan lelaki
itu. Ada di antara mereka yang berkata: “Lelaki yang memimpin kumpulan
yang tawaf itu nampaknya seorang yang ikhlas dan berilmu.” Kami amati
dia bahkan kami ikuti ke mana dia pergi. Lelaki itu pergi ke maqam
kemudian mengerjakan solat di situ. Selesai solat dia menadahkan kedua
tangannya dan berdoa. Setelah itu dia melihat ke arah kami dan berkata:
“Tahukah kamu apa kata Tuhan kamu?”
Kami jawab: “Tidak.” Dia berkata: “Tuhan
kamu berkata: “Aku adalah raja. Kamu mendakwa diri kamu sebagai raja.”
Kemudian dia memalingkan wajahnya ke arah kiblat, menadahkan tangannya
sebagai tanda berdoa kemudian berpaling kepada kami dan berkata:
“Tahukah kamu apa kata Tuhan kamu?” Kami jawab: “Tidak.” Dia berkata:
“Tuhan kamu berkata: “Akulah yang hidup dan tidak akan mati untuk
selamanya. Kamu mendakwa diri kamu hidup dan tidak akan mati.”
Setelah itu dia menghadap ke arah kiblat
dan mendoa. Selesai berdoa berpaling kepada kami sambil berkata:
“Tahukah kamu apa kata Tuhan kamu?” Kami jawab: “Tidak.” Dia berkata:
“Tuhan kamu berkata: “Akulah Tuhan yang apabila menghendaki sesuatu akan
ada ia. Ada di antara kamu yang mengaku apabila menginginkan sesuatu
akan ada.”
Kata Ibnu Ainah lagi: “Kemudian dia pun
pergi dan kami tidak melihatnya lagi. Setelah itu saya berjumpa dengan
Sufyan As-Tsauri dan dia berkata: “Barangkali lelaki itu adalah Khidir
atau wali Allah yang lain.”
Ada diceritakan ketika Hasan Basri
berceramah di hadapan jemaahnya, tiba-tiba datang seseorang yang matanya
kehijau-hijauan. Melihat yang demikian Hasan Basri bertanya kepadanya:
“Apakah memang begini engkau dilahirkan oleh ibumu atau ini sebagai
tanda?” Orang yang baru datang itu berkata: “Apakah sememangnya engkau
kenal kepadaku wahai Abu Said?” Hasan Basri berkata: “Siapa engkau
sebenarnya?” Lelaki itu memperkenalkan dirinya sehingga jelas bagi semua
jemaah yang ada di tempat itu. Hasan Basri berkata lagi: “Tolong
ceritakan bagaimana kisahmu.”
Lelaki itu berkata: “Pernah pada suatu
hari dahulu aku mengangkut semua barang-barangku ke dalam kapal. Aku pun
berlayar menuju Cina. Ketika berlayar mengharungi lautan yang dalam,
tiba-tiba angin bertiup kencang. Terjadi ombak yang begitu hebat dan
kapal yang saya naiki pun terbalik. Rupanya ajalku belum tiba, aku
dibawa oleh ombak ke pantai. Aku terdampar di satu pulau yang tidak
didiami oleh manusia. Empat bulan lamanya aku keseorangan di pulau itu.
Makanan tidak ada kecuali daun-daunan dan batang kayu yang lapuk. Bahkan
minuman pun tidak ada kecuali air mata yang sentiasa mengalir kerana
sedihnya.
Tidak terdaya lagi menahankan hidup
seperti itu sehingga aku sudah bermaksud berenang menyeberangi lautan
yang luas itu. Ketika berjalan mendekati laut yang ombaknya
melambai-lambai itu, tiba-tiba di hadapanku sudah ada istana yang
pintunya seperti perak. Kubuka pintunya rupanya di dalam ada bilik-bilik
dan beberapa ruang tamu yang lengkap dengan perhiasan. Di dalam istana
itu juga ada beberapa buah peti yang dihiasi dengan permata. Aku buka
salah satu peti itu. Aku dekati peti itu kemudian terasalah semerbak
yang cukup harum. Aku buka perlahan-lahan, rupanya di dalam ada mayat
yang masih segar seperti orang tidur. Aku tutup semula peti itu kemudian
aku keluar dari istana itu.
Sebaik sahaja turun dari tangga istana,
aku berjumpa dengan dua orang pemuda kacak dan nampak ramah.Mereka
bertanya siapa aku dan aku pun memberikan butir-butir peribadiku. Mereka
berkata: “Pergilah ke pohon sana. Di bawah pohon itu ada taman yang
indah. Dan di situ nanti ada orang tua yang sedang mengerjakan solat.
Dia itu baik orangnya. Ceritakan dirimu dan keadaanmu kepadanya kemudian
nanti dia akan menunjukkan jalan kepadamu.”
Aku pun pergi ke pohon yang mereka
tunjukkan itu. Memang benar, di bawahnya ada seorang lelaki tua sedang
duduk berzikir. Aku ucapkan salam kepadanya kemudian dia pun
menjawabnya. Dia tanya siapa diriku kemudian aku pun menerangkannya. Dia
tanya mengapa aku sampai di tempat itu kemudian aku ceritakan semuanya.
Lelaki itu terdiam sejenak merenungkannya. Dia tanya mengapa aku sampai
di tempat itu kemudian aku ceritakan semuanya.
Lelaki itu terdiam sejenak merenungkan
perjalananku dan macam-macam yang aku lihat sebelumnya. Dia tanya lagi
di mana kampungku kemudian aku ceritakan. Kemudian lelaki itu berkata:
“Kalau begitu duduklah dahulu.”
Aku duduk sahaja memperhatikan lelaki itu. Tidak lama kemudian datanglah tumpukan awan mendekati beliau.
Anehnya awan itu sanggup berkata seperti
manusia dengan ucapan: “Assalamu Alaikum ya wali Allah.” Beliau
menjawab salam awan itu kemudian awan itu pun berhenti di hadapan
beliau.
Beliau bertanya kepada awan itu: “Ke mana engkau mahu pergi?” Awan itu menjawab: “Aku mahu pergi ke kampung ini dan kampung ini.” Kemudian awan itu pun pergi seperti ditiup angin. Datang lagi awan-awan yang lain dan kesemuanya berhenti di depan beliau. Beliau bertanya lagi kepada awan yang datang kemudian: “Ke mana engkau mau pergi?” Awan itu menjawab: “Saya mahu pergi ke Basrah.” Beliau berkata: “Kalau begitu turun dahulu.” Awan itu turun dan berhenti di hadapan beliau. Beliau berkata: “Bawa orang ini ke depan rumahnya dengan selamat.”
Beliau bertanya kepada awan itu: “Ke mana engkau mahu pergi?” Awan itu menjawab: “Aku mahu pergi ke kampung ini dan kampung ini.” Kemudian awan itu pun pergi seperti ditiup angin. Datang lagi awan-awan yang lain dan kesemuanya berhenti di depan beliau. Beliau bertanya lagi kepada awan yang datang kemudian: “Ke mana engkau mau pergi?” Awan itu menjawab: “Saya mahu pergi ke Basrah.” Beliau berkata: “Kalau begitu turun dahulu.” Awan itu turun dan berhenti di hadapan beliau. Beliau berkata: “Bawa orang ini ke depan rumahnya dengan selamat.”
Nampaknya awan itu sudah siap untuk
mengangkut saya. Sebelum berangkat, saya bertanya kepada orang tua itu:
“Demi Tuhan yang telah memuliakan engkau, tolong ceritakan kepadaku apa
itu istana tadi, siapa dua orang pemuda itu dan siapa engkau.”
Orang tua itu berkata: “Istana yang
engkau lihat tadi adalah tempat para syuhada yang gugur di laut.
Orang-orang yang mati syahid di laut telah diangkut oleh malaikat. Mayat
para syuhada itu mereka masukkan ke dalam peti yang dihiasi dengan emas
dan permata, disembur dengan wangi-wangian dan mereka masukkan (simpan)
di dalam istana seperti yang engkau lihat tadi. Dua orang pemuda tampan
yang engkau jumpai tadi adalah malaikat yang disuruh Allah untuk
menguruskan mereka pada waktu pagi dan petang. Sedangkan aku ini adalah
Khidir. Aku dahulu ada memohon kepada Allah supaya mengumpulkan atau
menggabungkan aku dengan umat nabi kamu Muhammad SAW.”
Lelaki yang dibawa awan dan datang
menjumpai Hasan Basri itu berkata lagi: “Sewaktu terbang bersama awan,
aku terperanjat kerana melihat sesuatu yang mengejutkan. Dan itulah
sebabnya mataku seperti yang engkau lihat ini.”
Mendengar yang demikian Hasan Basri berkata: “Sungguh mengagumkan pengalaman hidupmu.”
Menurut satu riwayat, Raja Sulaiman bin
Abdul Malik telah menyuruh menterinya menangkap seorang lelaki yang
sangat dikehendaki untuk dibunuh. Sebaik sahaja mengetahui perintah raja
itu, lelaki yang dicari tadi segera melarikan diri. Lelaki itu lari ke
kampung lain. Di kampung itu dia mendengar berita hangat bahawa orang
bernama ini disuruh tangkap untuk dibunuh. Dia semakin ketakutan
kemudian lari lagi ke kampung lain. Di kampung itu pun rupanya sudah
gempar berita itu yang menyebabkan dia lari lagi ke kampung lain.
Begitulah yang dia dengar setiap pergi ke satu kampung. Akhirnya dia
terfikir untuk lari ke negeri di luar kekuasaan Sulaiman bin Abdul
Malik.
Sekarang dia sudah sampai di satu padang
pasir yang amat luas, yakni di tempat itu tidak ada pokok yang tumbuh,
tidak ada air dan makanan apapun, bahkan nampaknya tempat itu adalah
tanah yang tidak pernah diinjak oleh manusia.
Di situ dia melihat seorang lelaki
tengah mengerjakan solat. Dia pandang di sekeliling orang yang solat
itu, ternyata tidak ada tunggangan, tidak ada bekalan dan sebagainya.
Dia begitu hairan melihat lelaki itu mengapa berada seorang diri di
tempat itu. Dia ingin mendekati lelaki itu tetapi tidak jadi kerana
ketakutan. Hatinya bertanya: “Ini manusia atau jin ini.” Dia beranikan
dirinya untuk mendekati lelaki itu. Kemudian lelaki itu memandang ke
arahnya dan berkata: “Barangkali Sulaiman bin Abdul Malik yang membuatmu
ketakutan sehingga tersesat ke tempat ini.” Dia berkata: “Betul tuan.”
Lelaki itu berkata: “Mengapa tidak engkau buat pendinding dirimu?” Dia
bertanya: “Pendinding apa maksudnya?” Lelaki itu berkata: “Bacalah zikir
seperti ini (yang maksudnya):
Maha Suci (Tuhan) Yang Maha Esa yang tidak ada Tuhan selain-Nya.
Maha Suci (Tuhan) Yang Maha terdahulu dan tidak ada yang menjadikan-Nya.
Maha Suci (Tuhan) Yang Maha Kekal dan tidak akan binasa.
Maha Suci (Tuhan) Yang Dia setiap hari dalam kesibukan.
Maha Suci (Tuhan) Yang Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan.
Maha Suci (Tuhan) yang telah menciptakan apa yang dilihat dan tidak kelihatan.
Maha Suci (Tuhan) yang mengajari segala sesuatu tanpa pengajaran secara langsung.
Maha Suci (Tuhan) Yang Maha terdahulu dan tidak ada yang menjadikan-Nya.
Maha Suci (Tuhan) Yang Maha Kekal dan tidak akan binasa.
Maha Suci (Tuhan) Yang Dia setiap hari dalam kesibukan.
Maha Suci (Tuhan) Yang Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan.
Maha Suci (Tuhan) yang telah menciptakan apa yang dilihat dan tidak kelihatan.
Maha Suci (Tuhan) yang mengajari segala sesuatu tanpa pengajaran secara langsung.
Dalam zikir di atas ada dinyatakan
bahawa Allah setiap hari atau waktu berada dalam kesibukan. Ini
sebenarnya ada ditemui di dalam Quran, iaitu ayat yang mengatakan:
Setiap waktu Dia (Allah) dalam kesibukan.
(Al-Rahman: 29)
(Al-Rahman: 29)
Maksudnya Allah SWT sentiasa dalam
keadaan menciptakan, menghidupkan, mematikan, memelihara, memberi rezeki
kepada semua makhluk dan sebagainya.
Orang itu berkata: “Bacalah zikir ini.”
Lelaki itu berkata: “Maka saya pun menghafal zikir itu dan membacanya.
Tiba-tiba lelaki itu sudah menghilang dan tidak nampak lagi. Tetapi
berkat amalan itu, perasaan takut sudah hilang dari diriku. Aku sudah
bermaksud pulang ke kampungku menjumpai keluargaku, bahkan aku ingin
pergi menjumpai Sulaiman bin Abdul Malik.
Pada suatu hari, yang mana rakyat jelata
dibolehkan berjumpa dengannya, saya pun masuk ke istananya. Sebaik
sahaja saya masuk ke ruang tamunya, dia memandangiku seakan ada sesuatu
yang ingin dikatakannya. Dia mendekati aku kemudian berkata: “Engkau
telah menyihir aku.” Saya jawab dengan tenang: “Wahai Amirul Mukminin,
saya tidak ada mengguna-guna tuan. Saya tidak pernah belajar ilmu sihir
dan saya tidak ada menyihir tuan.”
Sulaiman bin Abdul Malik menerangkan apa
yang ada dalam hatinya secara jujur: “Dulu aku begitu marah melihat
engkau. Aku sudah bertekad akan membunuh engkau. Rasanya kerajaanku ini
tidak sempurna kalau tidak membunuh engkau. Tetapi setelah melihat
wajahmu tadi, aku begitu sayang kepada engkau. Sekarang ceritakan secara
jujur apa yang engkau amalkan itu. Dia pun menyebutkan zikir tadi.
Mendengar yang demikian Sulaiman bin Abdul Malik berkata: “Demi Allah
Khidirlah yang mengajarkan amalan itu kepadamu.” Akhirnya raja memaafkan
segala kesalahannya dan menyayanginya.
Amalan yang paling disukai Allah
Dari Raja’, beliau berkata: “Pernah pada
suatu hari ketika saya berada di samping Sulaiman bin Abdul Malik,
tiba-tiba datang seorang lelaki tampan. Lelaki itu memberi salam
kemudian kami jawab. Kemudian dia berkata: “Wahai Raja’, sesungguhnya
telah diuji keimananmu ketika engkau dekat dengan lelaki ini (Raja
Sulaiman). Kalau engkau dekat dengan dia, maka engkau akan celaka. Wahai
Raja’, engkau mesti sentiasa berbuat baik dan menolong orang-orang
lemah. Ketahuilah wahai Raja’, sesiapa yang mempunyai kedudukan di
kerajaan sultan, lalu dia mengangkat hajat orang-orang lemah yang mereka
tidak sanggup menyampaikannya, maka orang yang mengangkat atau
menyampaikan itu akan menjumpai Allah pada hari kiamat dalam keadaan
kedua tumitnya tetap ketika berhisab. Ketahuilah wahai Raja’ bahawa
sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya sesama muslim maka Allah akan
menunaikan hajatnya. Dan ketahuilah wahai Raja’ bahawa amalan yang
paling disukai Allah ialah amalan menyenangkan hati orang mukmin.”
Setelah memberikan pengajaran yang
bernas itu, tiba-tiba lelaki itu sudah menghilang. Ramai yang
berpendapat bahawa yang datang memberikan pengajaran itu ialah Nabi
Khidir.
Mas’ab bin Thabit bin Abdullah bin
Zubair adalah seorang yang rajin beribadat. Dia selalu berpuasa dan
mengerjakan solat tidak kurang dari seribu rakaat sehari semalam. Dia
ada berkata: “Pernah ketika aku berada di dalam masjid sedangkan orang
semuanya sudah pulang, ke rumah masing-masing, tiba-tiba datang seorang
lelaki yang tidak saya kenal. Lelaki itu menyandarkan badannya ke
dinding masjid sambil berkata: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau tahu
bahawa aku berpuasa sejak kelmarin. Sampai sekarang pun aku masih
berpuasa. Aku tidak mendapatkan makanan dan minuman dan aku menginginkan
al-Tharid (nama makanan). Berikanlah kepadaku ya Allah makanan dari
sisi Engkau.”
“Tiba-tiba saya melihat seorang pelayan
datang membawa hidangan. Pelayan itu nampaknya tidak seperti orang
biasa. Orangnya tampan, bersih dan pakaiannya kemas. Dia berjalan ke
arah lelaki yang berdoa tadi sambil meletakkan hidangan itu di
hadapannya. Lelaki itu pun membetulkan duduknya menghadap hidangan itu.
Sebelum mencicipi makanan itu dia memandang saya dan mengajak saya
supaya ikut makan bersamanya. Hatiku berkata: “Syukur dia mengajak saya
makan bersama.” Ketika itu saya yakin makanan itu didatangkan dari
syurga sehingga saya pun ingin betul mencuba. Baru sedikit saya cuba
tahulah saya bahawa makanan itu bukan makanan yang biasa di dunia ini.
Sebenarnya saya merasa segan dan malu
kepada orang yang tidak saya kenal itu. Belum lagi kenyang rasa perutku
saya sudah mengucapkan terima kasih dan pergi ke tempatku semula tadi.
Tetapi saya masih terus memperhatikan lelaki itu. Setelah dia selesai
makan, datang lagi pelayan tadi mengambil hidangan itu. Dia pergi lagi
ke arah tempat datang tadi. Lelaki yang baru selesai makan itu pun sudah
berdiri dan nampak pergi. Aku kejar dia kerana ingin tahu siapa dia
sebenarnya. Tetapi malangnya dia tiba-tiba saja menghilang dan saya
tidak tahu ke mana perginya. Besar kemungkinan lelaki itu adalah Nabi
Khidir.”
Diriwayatkan oleh Ibnu Asakir, dari
Ibrahim bin Abdullah bin Al-Mughirah, dari Abdullah, berkata: “Telah
bercerita kepadaku ayahku bahawa pengurus sebuah masjid berkata kepada
Walid bin Abdul Malik: “Sesungguhnya Nabi Khidir sembahyang setiap malam
di masjid.”
Dari Daud bin Yahya, katanya bercerita
seorang lelaki yang selalu berada di Baitul Maqdis: “Pada waktu saya
berjalan di salah satu lembah di Jordan, saya melihat di lembah bukit
itu ada orang yang sedang mengerjakan solat. Saya lihat di atasnya ada
awan yang melindunginya daripada panas matahari. Menurut tekaanku lelaki
itu adalah Nabi Ilyas. Saya dekati dia kemudian kuucapkan salam
kepadanya. Dia berpaling kepadaku sambil menjawab salamku. Aku tanya:
“Siapa anda sebenarnya wahai orang yang dirahmati Allah?” Dia diam
sahaja dan tidak menjawab soalanku. Kutanya lagi seperti soalan pertama
kemudian dia menjawab: “Aku adalah Ilyas An-Nabi.”
Tiba-tiba sahaja merinding bulu romaku.
Aku gementar, dan yang paling kutakutkan dia menghilang sebelum saya
sempat menanyakan itu dan ini. Aku berkata kepadanya: “Tolong doakan
supaya Allah menghilangkan penyakitku ini.” Dia pun berdoa. Tiba-tiba
penyakitku terasa sudah sembuh.
Aku tanya lagi: “Kepada siapa tuan
diutus?” Beliau menjawab: “Aku diutus kepada penduduk Baklabakka.”
Kutanya lagi: “Apakah sekarang ini tuan masih ada menerima wahyu?”
Beliau menjawab: “Bukankah sudah diutus Muhammad sebagai nabi penutup?
Aku tidak ada menerima wahyu lagi.”
Katanya lagi: “Kalau begitu berapa lagi
nabi yang masih hidup sekarang ini?” Beliau menjawab: “Sekarang ada
empat orang lagi nabi yang masih hidup, iaitu saya sendiri (Ilyas),
Khidir di bumi (darat), dan Nabi Idris bersama nabi Isa di langit.”
Kutanya lagi: “Apakah tuan pernah
berjumpa dengan Nabi Khidir?” Beliau menjawab” “Ya, setiap tahun kami
berjumpa di padang Arafah, yakni pada musim haji.”
Kutanya: “Apa yang kamu lakukan jika
berjumpa di sana?” Beliau menjawab: “Aku ambil rambutnya kemudian dia
pun mengambil (mencukur rambutku).”
Kutanya lagi: “Berapa orang lagi
Al-Abdal (Wali Allah yang lain)?” Beliau menjawab: “Ada 60 orang lelaki.
50 orang berada di kawasan Mesir sampai pantai Furat, 2 orang di
Masisah, 1 orang di Antokiah dan 7 orang di pelbagai penjuru dunia.
Merekalah yang mengatur hujan dan mereka yang menolong untuk mengalahkan
musuh Allah, bahkan di tangan mereka berdirinya dunia ini, dia matikan
mereka semua supaya dunia ini pun hancur.” Ini menurut satu pendapat
sangat tidak sahih.
Nabi Khidir mengubati dengan Asmaul Husna
Berkata Abul Hasan bin Al-Munadi:
“Bercerita kepada kami Ahmad bin Mulaib, dari Yahya bin Said, dari Abu
Jakfar Al-Kufi, dari Abu Umar Al-Nasibiy, berkata: “Aku pergi mencari
Maslamah bin Masqalah di Syam. Ramai yang mengatakan Maslamah termasuk
wali Allah juga. Setelah berusaha mencarinya, saya menjumpainya di salah
satu lembah di Jordan.
Beliau berkata kepadaku: “Mahukah engkau
kuceritakan kepadamu tentang apa yang kulihat tadi di lembah bukit
ini?” Kujawab: “Tentu aku ingin mendengarnya.” Beliau berkata: “Ketika
saya datang tadi ke lembah ini, saya melihat seorang syekh yang sedang
mengerjakan solat di bawah pokok itu. Besar kemungkinan lelaki itu
adalah Nabi Ilyas. Aku berjalan mendekatinya kemudian memberi salam
kepadanya sekalipun dia sedang mengerjakan solat. Saya lihat dia rukuk,
kemudian iktidal, dan kemudian sujud.Selesai solat dia memandang ke arah
suaraku datang kemudian menjawab salamku setelah melihat aku berdiri di
situ.
Aku tanya dia: “Siapakah engkau wahai orang yang dirahmati Allah.” Dia menjawab : “Aku adalah Ilyas Al-Nabi.”
Aku begitu gugup mendengar kata-katanya
itu.Dia datang mendekati aku. Dia letakkan tangannya di dadaku sehingga
aku merasakan kesejukan tangannya.
Aku berkata kepadanya: “Wahai nabi
Allah, doakanlah supaya Allah menghilangkan penyakitku ini.” Kemudian
beliau pun berdoa dengan menggunakan nama Allah, lima di antaranya dalam
bahasa Arab dan tiga lagi dalam bahasa Siryani. Beliau membaca: “Ya
Wahid, Ya Ahad, Ya Somad, Ya Fardun, Ya Witrun. Beliau menyebut tiga
potong perkataan lagi yang saya sendiri tidak tahu maknanya. Kemudian
beliau menarik tanganku sambil mendudukkan aku.Ketika itu rasanya
penyakitku sudah hilang.
Aku bertanya kepadanya: “Wahai nabi
Allah, Bagaimana pendapatmu tentang orang ini (saya sebutkan Mirwan bin
Muhammad), yang ketika itu menahan beberapa orang ulama. Beliau berkata:
“Bagaimana hubungan kamu ?” Aku menjawab “Wahai nabi Allah kalau aku
berjumpa dengannya dia berpaling. Dia tidak memberi sebarang komen.
Aku bertanya lagi: “Wahai nabi
Allah,apakah sekarang ini masih ada di dunia ini Al-Abdal. (wali-wali
Allah)?Beliau menjawab:”Ada” Mereka semua ada sebanyak 60 orang. 50
orang di kawasan Mesir sampai pantai Furat, 3 orang di Masisah, 1 orang
di Antokiah dan yang lainnya di daerah Arab lainnya.”
Aku bertanya lagi:”Wahai nabi Allah,
Apakah tuan ada berjumpa dengan nabi Khidir?” Beliau menjawab “Ya setiap
musim haji kami berjumpa di Mina.” Aku bertanya: Apa yang kamu lakukan
jika berjumpa?” Beliau menjawab: “Aku mengambil rambutnya dan dia pun
mengambil rambutku.”
Aku berkata kepadanya: “Wahai nabi
Allah. sebenarnya saya ini adalah orang yang hidup sebatang kara, tidak
mempunyai isteri dan anak. Kalau tuan bersetuju biarlah saya ikut
bersama tuan ke mana sahaja tuan pergi.” Beliau menjawab: Engkau tidak
sanggup berteman denganku.”
Ketika bercerita dengan beliau tiba-tiba
aku melihat satu hidangan makanan keluar dari akar pohon itu kemudian
diletakkan di hadapan beliau. Sementara orang yang mengangkatnya tidak
kelihatan. Dalam hidangan itu ada tiga ketul roti. Beliau sudah
menghulurkan tangannya untuk makan makanan itu. Tetapi tiba-tiba beliau
belum jadi memakannya dan beliau mengajak aku supaya sama-sama makan.
Saya duduk di sebelah beliau, kemudian
beliau berkata kepadaku: “Mulailah dengan Bismillah dan ambilah dari
yang terdekat kepadamu “Kami pun memakannya bersama-sama. Selepas makan
saya lihat jelas dulang itu diangkat lagi tetapi tidak kelihatan orang
yang mengangkatnya. Kemudian didatangkan lagi kepada beliau minuman
tetapi tidak kelihatan orang yang membawanya. Beliau membagi dua minuman
itu, separuh beliau minum dan separuh lagi beliau serahkan kepadaku.
Saya cuba minuman itu, oh rasanya cukup lazat. Minuman itu lebih putih
daripada susu dan lebih manis daripada madu. Selesai minum saya letakkan
tempatnya. Tiba-tiba saya lihat terangkat lagi tetapi tidak tahu siapa
mengangkatnya.
Kemudian beliau memandang ke bawah
(tempat yang lebih rendah lagi), rupanya di situ sudah ada binatang
menunggu yang lengkap dengan tempat duduknya. Binatang itu lebih besar
dari keldai dan tidak sampai sebesar baghal. Beliau berjalan ke arah
tunggangan itu. Aku kejar beliau dan aku minta supaya ikut bersamanya.
Tetapi beliau berkata: “Bukankah sudah aku katakan bahawa engkau tidak
sanggup mengikuti perjalananku?” Saya merasa kecewa dan hanya mampu
berkata: “ Kalau begitu bagaimana caranya supaya saya berjumpa lagi
dengan tuan?” Beliau menjawab: “ Kalau betul-betul ingin berjumpa
denganku, kita akan berjumpa lagi nanti.” Tambah beliau lagi: “Semoga
engkau dapat menjumpai aku lagi nanti pada bulan Ramadhan di Baitul
Maqdis dalam keadaan iktikaf.” Beliau pergi ke bawah pohon dan aku ikuti
dari belakang tetapi tiba-tiba beliau menghilang.”
Dipetik Dari Buku: Kisah Nabi Khidir a.s.
Pengarang: Al-Hafiz Ibnu Hajar al Asqalaniy.
Pengarang: Al-Hafiz Ibnu Hajar al Asqalaniy.