Apabila penjelajah Portugis tiba di Laut Hindi, mereka turut 
berlagak seperti lanun. Sekitar tahun 1500-an, mereka merentasi Afrika 
dan tiba di India dan terus ke Timur Jauh. Penjelajah Portugis berlagak 
samseng di lautan luas dengan merempuh kapal pedagang Arab dan merampas 
kekayaan mereka.
Lanun terkenal, William Kidd adalah seorang pemburu lanun sebelum 
menjadi seorang lanun. Kidd ditugaskan untuk memburu lanun di Lautan 
Hindi pada tahun 1696. Namun beberapa bulan kemudian, Kidd menyerang 
kapal dagang dan bukan kapal lanun. Disebabkan kesalahan itu, Kidd 
ditangkap dan dihukum bunuh. Mayatnya digantung di Sungai Thames dalam 
sangkar besi selama bertahun-tahun untuk tatapan umum.
Pulau Madagascar yang terletak di hujung Afrika adalah kawasan 
terpencil yang digemari oleh para lanun. Pantainya yang bagus serta 
hutan tebal di keseluruhan kawasan menjadi tapak terbaik untuk para 
lanun berehat dan menyembunyikan diri.
Kanhoji Angria adalah lanun di Laut Hindi paling digeruni. Angria membina rangkaian kubu yang kukuh di sepanjang pantai. Pengikut-pengikutnya ramai dan digelar ‘Angrian’.
Penduduk tempatan menyanjung Kanhoji Angria sebagai seorang hero rakyat kerana keberanian beliau menentang tentera laut British.
Laut China Selatan adalah kawasan kegemaran bagi kebanyakan Lanun. 
Lanun daripada tanah besar China paling ditakuti di Laut China Selatan 
kerana keganasan dan gaya brutal mereka terhadap para pedagang yang 
diserang mereka.
Lanun China. Dirakam pada 1800-an.
Antara lanun daripada tanah besar China paling awal dan paling 
digeruni adalah Ching-Chi-Ling. Beliau mengelapai 1000 jong China 
sehingga menimbulkan rasa gerun kepada kebanyakan kapal dagang.
| Jong milik Lanun daripada tanah besar China. | 
Lanun yang digelar Balanini adalah lanun daripada kepulauan Sulu. 
Mereka hanya berlayar dengan kanu kecil tapi sangat laju. Mereka akan 
menyerang pulau-pulau berdekatan dan menculik remaja lelaki dan dewasa 
untuk dijual sebagai hamba abdi.
Pada 1650-an, para lanun daripada pelbagai kawasan termasuk daripada
 Carribean dan Mediterenean menjadikan Port Royal di Jamaica sebagai 
syurga mereka. Port Royal mempunyai dok untuk membaiki mana-mana kapal 
lanun yang rosak serta pelbagai kemudahan lain termasuk bar dan pusat 
pelacuran. British adalah kuasa utama di Jamaica, namun tidak pernah 
cuba untuk menyerang atau mengacau lanun-lanun yang bersuka-ria di Port 
Royal.
Port Royal adalah tempat paling liar dan mewah pernah ada di dunia. 
Hampir setiap tempat di bandar tersebut dipenuhi pelacur dan lanun-lanun
 yang mabuk. Di sini, duit ‘hilang’ dengan pantas. Seorang lanun mampu 
menghabiskan wang mereka 3000 keping syiling perak dalam satu malam. 
Wang tersebut sama nilainya dengan poung sterling 45,000 pada hari ini.
Pada 1692, Port Royal dilanda gempa bumi yang dasyhat. Turut sama 
membinasakan bandar ini adalah tsunami sehingga menenggelamkan 
perlabuhan ini. Banyak bangunan runtuh sehingga memakan korban 4000 
orang. Banyak pemerhati mendakwa ia adalah bala Tuhan terhadap mereka.
Seorang lanun wanita paling digeruni di Laut China Selatan adalah 
Ching-Shih. Ia bertitik-tolak daripada kematian suaminya pada 1807 dan 
kemudian mengambil alih tugas kapten daripada suaminya. Ching-Shih cukup
 kejam terhadap awak-awak beliau. Mereka wajib mematuhi setiap peraturan
 yang digaris olehnya dan sekiran melanggar salah satu daripadanya, 
hukuman bunuh menanti mereka.
Seorang lanun paling berjaya adalah Bartholomew Roberts. Beliau 
dikenali Black Bart. Kejayaan terbesar beliau adalah apabila berjaya 
merampas 400 buah kapal pada tahun 1720-an. Namun, apa yang paling hebat
 tentang diri Black Bart adalah beliau tidak pernah menyentuh arak 
apatah lagi mabuk.
Black Bart
Sikap disiplin Black Bart turut ditekankan kepada awak-awak beliau. 
Setiap orang daripada wajib mematuhi peraturan yang dibuat olehnya. 
Mereka tidak dibenarkan berjudi dan bergaduh di atas kapal. Lilin wajib 
dipadamkan pada 8 malam setiap malam. Sesiapa yang membawa perempuan 
naik ke kapal menerima musibah paling dasyhat iaitu samaada di hukum 
mati atau ditinggalkan di mana-mana pulau terpencil seorang diri.
