Kaki ayam merupakan bahagian paling tak popular di kalangan kita. Kalau dibuat bancian tentu ramai yang menyatakan bahawa mereka tidak menyukainya. Banyak alasan yang diberi, antaranya, tak ada isi, jijik, konon nya kerana kaki ayam itu diguna untuk mencakar segala macam benda, dan berbagai alasan lagi.
Tetapi tahu kah kita disebalik tidak popularnya kaki ayam itu ia mengandungi khasiat yang tidak ketahui ramai. Jadi, mulai sekarang jangan lagi dibuang kaki ayam. Jadikan ia satu dari sumber makanan yang menyumbang ke arah kesihatan yang baik.
New York: Kajian terbaru mendapati pengambilan kaki ayam
dikatakan mampu mencegah berlakunya ‘osteoporosis’ iaitu sejenis
penyakit tulang rapuh, mudah retak dan patah. Masalah tulang ini
biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala di mana ia berlaku tanpa
disedari.
Bagi mencegah osteoporosis seseorang biasanya
dinasihatkan mengurangkan faktor risiko dengan meningkatkan pengambilan
nutrisi dan bersukan secara teratur.
Pengambilan minuman atau makanan yang mengandungi kalsium tinggi adalah satu cara mengelak serangan osteoporosis.
Elak tulang rapuh
Tanda
disedari, kaki ayam juga dikatakan memainkan peranan penting mengelak
tulang rapuh disebabkan ia dikatakan kaya dengan sejumlah nutrisi yang
berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia.
Laman
web firma produk dan penyedia perkhidmatan kesihatan Bl Health
menyatakan hydroxyapatite adalah makanan untuk tulang yang berasal dari
tulang makanan. Secara logiknya, makanan tepat untuk tulang adalah
tulang.
“Kaki ayam dikatakan satu daripada makanan yang kaya dengan zat itu,” kata laman web itu.
Kita
tidak perlu lagi memperkecilkan kaki ayam kerana ia kaya dengan khasiat
protein yang ada pada kulit, otot, tulang dan kolagen iaitu sejenis
protein jaringan ikatan liat dan bening berwarna kekuningan. – Agensi