Bangsa Mongol adalah bangsa daripada Asia
 Tengah yang menetap di kawasan yang sekarang ini dikenali Mongolia. 
Namun, pada satu ketika dahulu, empayar Mongol mencecah hampir satu per 
tiga dunia.
Pada abad pertengahan, bangsa Mongol 
bangkit sebagai bangsa yang kuat dan berdisiplin ketika dalam 
peperangan. Mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada teknologi terkini 
melainkan teknik dan kemahiran mereka menunggang kuda. Hampir setiap 
bangsa seperti Turki, Barber, Mamluk, Anglo-Saxon mahupun Franco di 
Eropah takut dan gerun dengan kehebatan dan kebengisan Mongol di saat 
pertempuran. Beberapa ulama dan cendikiawan membicarakan tentang bangsa 
Mongol ini sebagai bala Allah swt kepada negara-negara yang mereka 
perangi terutama sekali empayar Islam.
Bangsa Mongol bertanggungjawab terhadap 
kejatuhan Dinasti Abbasiyyah di Baghdad. Baitul Hikmah yang diasaskan 
oleh Khalifah Harun al-Rashid musnah dan beribu-ribu kitab dibakar dan 
dihanyut di Sungai Furat. Air Sungai Furat dikatakan bertukar menjadi 
kehitaman akibat dakwat yang mencair daripada kitab-kitab tersebut.
Dinasti Abbasiyyah musnah dan kesultanan 
Islam berpindah ke Mesir dan didominasi oleh Bani Mamluk dan ke Anatolia
 yang dipimpin oleh Bani Ottmaniyyah.
Hakikat yang perlu diketahui oleh umat 
Islam pada hari ini adalah Bangsa Mongol miskipun kelihatan agresif 
ketika di medan tempur namun hampir setiap pemimpin mereka bersikap 
bertolenrasi terhadap agama selain daripada agama anutan mereka. Hulagu 
Khan misalnya, miskipun terkenal sebagai seorang pemimpin yang bengis 
namun bertoleransi terhadap agama. Beliau mengahwini isteri yang 
menganut ajaran Kristian Nestorian.
Sikap mereka yang sangat bertolenrasi 
sebenarnya memudahkan pengislaman mereka. Beberapa pemimpin tertinggi 
Mongol diriwayatkan memeluk Islam bahkan mengenepikan semangat 
kebangsaan untuk membantu empayar Islam daripada terus rebah dilanda 
amukan Mongol.
Tidak keterlaluan untuk mengatakan 
bahawa, Islam tersebar hampir ke pelusuk Asia Tengah dan Asia Timur atas
 peranan yang dilakukan oleh Bangsa Mongol ini.!
Peperangan Ain Jalut (1260 masihi) antara tentera Mamluk dan tentera Mongol adalah peperangan yang pertama diketahui menggunakan hand-cannon (digelar ‘midfa’ dalam bahasa Arab). Hand-cannon adalah perintis kepada penciptaan senapang patah(match-lock) oleh bangsa Eropah beberapa abad selepas itu. Dalam Peperangan Ain Jalut, tentera Mamluk berjaya menundukkan keangkuhan tentera Mongol dan seterusnya menyekat kemaraan bangsa yang berasal daripada Asia Tengah tersebut daripada terus mengganas di empayar umat Islam.
Berke Khan (meninggal dunia pada 1266 masihi) adalah individu berbangsa Mongol pertama yang memeluk Islam. Beliau adalah cucu kepada Genghiz Khan dan sepupu kepada pemusnah dinasti Abbasiyyah, Hulagu Khan. Berke Khan mendapat hidayah setelah pertemuannya dengan seorang ulama dan ahli sufi di Khwarizm. Setelah memeluk Islam, beliau mengenepikan semangat kebangsaan yang ada dalam dirinya untuk membantu Islam dan Mamluk menentang tentera Mongol pimpinan Kitbuqa. Dalam peperangan tersebut, beliau berjaya membunuh Kitbuqa. Berke Khan terkenal sebagai muslim yang taat. Beliau melarang sebarang makanan berunsurkan haram seperti babi dan arak dalam keraian. Beliau juga diriwayatkan mencadangkan penyembelihan binatang secara Islam bagi memudahkan beliau untuk menikmati bersama-sama saudara-saudaranya yang belum Islam.
Ahmed Tekuder (meninggal dunia pada 1284) adalah salah seorang daripada tiga orang anak lelaki Hulagu Khan. Tekuder dilahirkan sebagai seorang Kristian bermazhab Nestorian mengikut mazhab ibunya. Namun, setelah dewasa, beliau memeluk ajaran Islam dan menukarkan pemerintahannya kepada pemerintahan bercorak Islam. Ahmed Tekuder atau Sultan Ahmed tidak mendapat sokongan daripada beberapa pemerintah Mongol beragama Buddha terutama anak saudaranya, Arghun Khan. Pada 10 Ogos 1284, Ahmed Tekuder syahid di tangan tentera Arghun Khan dalam satu peperangan berat sebelah.
| Anak lelaki sulung Arghun Khan | 
| Mahmud Ghazan dalam satu ilustrasi. | 
Setelah Ghazan meninggal dunia pada 1304, adiknya, Oljeitu(1280-1318)
 menaiki takhta. Sepertimana abangnya, Mahmud Ghazan, Oljeitu lahir 
sebagai seorang Kristian dan membesar sebagai seorang penganut Buddha. 
Beliau kemudian memeluk Islam bersama-sama abangnya. Mereka bermazhab 
Hanafi. Walaubagaimanapun, pergaulan yang akrab antara beliau dengan 
ulama Syiah seperti al-Hailli dan Maitham al-Bahrani menyebabkan beliau 
menukarkan mazhabnya kepada mazhab Syiah. Tidak sepertimana abangnya 
yang bertelorensi terhadap agama dan mazhab lain, beliau melancarkan 
beberapa peperangan sehingga membunuh ramai orang Islam bermazhab Ahlul 
Sunnah wa Jamaah. Hubungan empayar Ilkhanate dengan Mamluk mula longgar 
semasa pemerintahan Oljeitu.
| Anak Oljeitu | 
Setahun selepas kematian Abu Said Bahadur Khan, lahir seorang lagi pemimpin Mongol yang terkenal sebagai seorang yang bengis dan agresif. Beliau adalah Timurid(1336-1405). Timurid dilahirkan di Kesh(kini di Uzbekistan) sebagai seorang Islam yang taat. Ramai pendapat mengatakan beliau bermazhab Syiah namun ramai juga berpendapat beliau bermazhab Sunni(Hanafi). Timurid adalah pemimpin Mongol yang berusaha mengembalikan kegemilangan empayar Mongol setelah pepecahan yang teruk di kalangan pemimpin tertinggi mereka. Empayar Ilkhanate di Parsi mengalami saat genting setelah kematian Abu Said, begitu juga dengan beberapa empayar Mongol yang lain. Pada 1387, Timurid berjaya menawan seluruh Parsi dan mengembalikan kegemilangan Dinasti Ilkhanate. Timurid menghabiskan 35 tahun dalam hayatnya semata-mata untuk menakluk dan menawan hampir suku dunia. Timurid berjaya memujuk hampir keseluruhan pemimpin Borjigin(keturunan Genghiz Khan) untuk memeluk ajaran Islam. Beliau adalah moyang kepada Ulug Beg(1394-1449) dan Babur Beg(1483-1530),pengasas kerajaan Mughal di India.
| Salasilah awal bangsa Mongol | 
Beberapa dekad selepas kematian 
Timurid, lahir pula seorang keturunan Mongol yang berjaya menawan benua 
kecil India. Beliau adalah Babur Beg(1483-1530). Beliau 
mengasaskan Dinasti Mughal yang mendominasi hampir keseluruhan India 
sehingga ke Pakistan(kini), Afghanistan(kini) dan Bangladesh(kini). 
Undang-undang syariah Islam dikuatkuasakan. Babur Beg mempunyai susur 
galur terus kepada Timurid melalui bapanya dan Genghiz Khan melalui 
ibunya. Agama Hindu yang sejak daripada dahulu mendominisi India 
dibayangi oleh Islam sehinggakan banyak ulama besar dilahirkan sepanjang
 pemerintahan Dinasti Mughal.
Dinasti Mughal melahirkan beberapa sultan yang celik al-Quran. Antaranya adalah Sultan Aurangzeb (1618-1707) atau nama sebenarnya Abul Muzaffar Muhi u’d-Din Muhammad Aurangzeb. Aurangzeb adalah sultan yang sangat taat kepada ajaran Islam dan seorang hafiz. Beliau menggunakan hasil titik-peluhnya menyalin al-Quran dan menjualnya untuk menampung sara dirinya. Beliau mengelak daripada menggunakan dana kerajaan kerana berpendapat dana tersebut lebih baik digunakan untuk pembangunan ummah. Aurangzeb adalah pemimpin yang lembut terhadap kaum Muslimin namun tegas terhadap kaum kafir yang menentangnya. Beberapa peperangan dicatatkan sehingga mengorbankan banyak nyawa semata-mata untuk mempertahankan kerajaan Islamik yang diasaskannya. Aurangzeb juga diriwayatkan melarang pencetakan ayat al-Quran pada syiling rasmi kerajaannya kerana syiling tersebut boleh dipijak dan dibuang merata-rata tanpa disedari. Aurangzeb meninggal dunia pada 1707. Selepas kematiannya, kerajaan Mughal perlahan-lahan mengalami kemerosotan. Selepas Aurangzeb, keturunan Mongol mahupun Mughal mula kehilangan ‘kuasa’ dan ‘kekuatan’ sepertimana nenek-moyang mereka.


