Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.” (Al-Nahl 16:68)
“Kemudian makanlah dari segala jenis 
bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah 
jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya 
kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman 
(madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia 
(dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada
 tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu 
berfikir.” (Al-Nahl 16:69)
Di dalam Al-Quran, Surah An-Nalh ayat 68-69,
 dengan terang menunjukkan bahawa hasil lebah dan manusia mempunyai 
kesinambungan yang tersendiri. Pastinya sesuatu yang dicpta oleh Allah 
itu sangat bermanfaat untuk manusia dan makhluk Nya yang lain.
Hadis Dan Ungkapan Kata-Kata Para Sahabat Dan Para Ulamak Mengenai Madu Lebah
Diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah 
r.a. katanya Nabi s.a.w. amat gemar makanan manis-manis dan madu. 
Rasulullah telah bersabda ” Barang siapa yang menelan (minum sedikit) 
madu tiga kali (di waktu pagi) setiap bulan, ia tidak akan terkena 
penyakit teruk”
Telah berkata Imam Ibn Qaiyim. “Dan 
petunjuk Rasulullah s.a.w. tentang minuman ialah baginda suka meminum 
madu yang dicampurkan dengan air sejuk.”
Rasulullah s.a.w. meminum madu itu 
sebelum makan pagi yang dibantu dengan air. (air yang hendak digunakan 
untuk dicampurkan dengan madu itu hendaklah disimpan semalaman di dalam 
suatu bekas sebagaimana yang disukai oleh Rasulullah s.a.w.)Pada 
tiap-tiap pagi campurkanlah air ini dengan sesudu madu lalu diminum 
dengan membaca selawat ke atasnya sebanyak tiga kali.
Dari Ibnu Umar r.a., sesungguhnya Nabi 
Muhammad s.a.w. telah bersabda: “Nikmat yang pertama-tama kali akan 
diangkat dari bumi ialh madu”( Dari Kita As-Bahan terjemahan oleh Ahmad 
Al-Hasan)
Abu Hurairah r.a. daripada Nabi 
Muahammad s.a.w. katanya: ” Semua serangga dalam api neraka Allah s.w.t.
 sebagai azab bagi penghuni neraka kecuali lebah” (Dinukilkan oleh 
At-Tarmizi dan Al-Hamim dari Kitab Nawadir Usul).
Al-Baihaqi dari Mujahid dari Umar r.a. 
yang didengarnya dari Nabi s.a.w.: “Perumpamaan orang mukmin adalah 
seperti lebah, jika kamu mendampinginya ia akan memberi manfaat kepada 
kamu dan jika kamu bermesyuarat dengannya ia akan memberi manfaat kepada
 kamu dan setiap hal ehwalnya akan memberi manfaat kapada kamu”. 
Begitulah juga setiap hal ehwal lebah itu mempunyai manfaat yang banyak.
Diriwayatkan daripada Ali k.w. bahawa 
beliau berkata ” Kehinaan untuk dunia, semulia-mulia pakaian manusia di 
dalam kehidupan dunia adalah dari air liur sejenis rongga (kain sutera 
dari ulat sutera) dam semulia-mulia minuman adalah apa yang keluar dari 
mulut lebah.”
Ibnu Juraih berkata,” Hendaklah kamu minum madu kerana sangat baik untuk menguatkan daya hafaz (ingatan).”
Ibnu Al_Asir berkata’ “Adapun 
diumpamakan orang mukmin itu dengan lebah lantaran kebijaksanaannya 
kurang memberi mudharat, usahanya di siang hari kegigihannya dan 
sentiasa menjauhkan diri dari sebarang kekotoran. Makanannya dari benda 
yang bai-baik dan sesungguhnya ia tidak makan dari benda hasi dari usaha
 orang lain. Ketaatanya kepada ketuanya tidak berbelah bagi”.
Dari Ibnu Abbas r.a Nabi s.a.w.:”Kesembuhan dari penyakit itu adalah dengan melakukan tiga perkara i)Berbekam, 2)Minum Madu, 3) Bakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas itu”. (Hadis riwayat Bukhari).
Abdullah bin Umar telah menggunakan madu
 untuk mengubati luka (dengan cara disapukan di atas tempat luka) dan 
ternyata luka tersebut dapat sembuh dalam waktu yang singkat.
Dalam hadis yang lain disebutkan: 
“Hendaklah kamu menggunakan dua ubat iaitu madu dan Al-Quran. Madu untuk
 mengubat penyakit jasmani dan Al-Quran untuk menyembuh penyakit rohani”
Madu lebah juga merupakan sebahagian 
daripada mukjizat Nabi Allah Isa a.s dalam menyembuhkan penyakit sopak 
dan buta penglihatan.
Kehebatan madu sebagaimana disampaikan Al-Quran telah terbukti secara saintifik dan dibahaskan secara ilmiah di seluruh dunia. Pakar perubatan Islam banyak menulis mengenai madu.
Antaranya al-Hafiz Ibnu Abi Dunya dalam 
kitabnya al-Asyrof fi Manazil al- Asyrof menyatakan,”Sesungguhnya madu 
apabila penggemar meminumnya, ia akan mengawal ma’idah (perut), kemudian
 ia akan membuang penyakit, menambah kekuatan urat saraf dan kelancaran 
saluran urat dan darah.
Al-Muwaffaq al-Baghdadi menulis:”Madu 
berfungsi menyinkir lebihan/bahan yang tidak berguna daripada usus, 
kuatkan perut, membersih hati, melancarkan air kencing, membersih dada 
(termasuk paru-paru), berguna bagi orang yang banyak lendir (madu 
membuang lendir), terhadap tubuh yang ada bahan sejuk dan penyakit batuk
 yang terjadi dari lendir.
Manakala Dr Rihab ‘Ukaiwy menyifatkan 
madu sebagai pemakanan perlu melahirkan daya kekuatan tubuh dan mental. 
Pandangan ini turut dikongsi oleh Dr. Muhammad Kamal Abdul Aziz. Madu 
dijamin oleh Allah sebagaimana dalam firmannya ayat 69 Suroh An-Nahl 
(lebah)
Sayyid Quthb mengungkapkan, madu sebagai
 ubat penyembuh penyakit sudah dibuktikan secara ilmiah oleh para pakar 
perubatan. Inilah salah satu bukti kebenaran ayat Al-Quran yang wajib 
diyakini umat manusia.
Ibnu Sina (890-1037), salah seorang 
tokoh kedoktoran dunia dan ilmuwan Islam di abad ke-10 Masehi, mengulas 
mengenai khasiat madu dari segi kesihatan di dalam dunia kedoktoran. Ia 
mampu dapat menyembuhkan berbagai penyakit dari yang ringan sampai yang 
berat, seperti tekanan darah tinggi dan jantung. Madu juga dapat 
menurunkan suhu badan serta menyediakan dan mengatur rembesan, sehingga 
dapat menghilangkan penyakit demam. Madu lebah juga dapat menguatkan 
semangat, menambah kerajinan dan, menjaga awet muda dan melancarkan 
percakapan”.
Disini kita dapat simpulkan bahawa madu 
merupakan makanan sunnah dan mengandungi banyak khasiat dan dijadikan 
ubatan sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran.
Wallahu’alam….
