Di Jawa Tengah, terdapat sebuah desa yang dikenali Desa Kuwu yang sering dikunjungi pelancong dek kerana keunikan fenomena semulajadinya. Fenomena ini dikenali oleh penduduk setempat sebagai Bledung Kuwu yang membawa maksud letupan bertaburan. Bledug Kuwu akan meletup secara berkala setiap 2 hingga 3 minit yang kemudiannya akan mengeluarkan wap putih.
Bledug Kuwu mengandungi kandungan garam yang cukup tinggi. Masyarakat tempatan menggunakan sumber garam tersebut untuk menampung hidup mereka. Mereka memprosesnya dengan menapis terlebih dahulu lumpur dan menjemurkannya di tengah padang. Pembeli utama garam daripada Bledug Kuwu adalah pelancong yang datang mengunjungi Desa Kuwu.
Bledug Kuwu sebenarnya mempunyai lagenda.
 Menurut cerita turun temurun yang meniti di mulut masyarakat tempatan 
Bledug Kuwu terjadi kerana terdapat terowong yang menghubungkan tempat 
itu dengan Laut Selatan (Laut Hindi). Kononnya, terowong itu adalah 
jalan pulang Joko Linglung dari Laut Selatan untuk menuju ke kerajaan 
Medang Kamulan setelah menewaskan Prabu Dewata Cengkar yang telah 
berubah menjadi buaya putih di Laut Selatan.