Masjid yang paling utama di dalam Islam ialah Masjidil haram di Mekah Al-Mukarramah kemudian Masjid an-Nabawi, di Madinatul Munawwarah dan selepas itu Masjidil Aqsa di Palestin iaitu berdasarkan kepada sebuah hadis yang bererti, Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu ‘alaihi Wasallam sabdanya:
Dalam hadis-hadis yang lain ada menerangkan kelebihan ketiga-tiga masjid tersebut di antaranya yang bererti, Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallu ‘alaihi Wasallam telah bersabda;
Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku (Masjidil nabawi di
Madinah) ini adalah lebih baik daripada 1 000 kali sembahyang dalam
masjid yang lain melainkan Masjidil Haram.”
Kemudian diterangkan lagi dalam sebuah hadis yang bermaksud; Dari Jabir Radhiallahu Anhu; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;
Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1,000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100,000 sembahyang di masjid-masjid yang lain.”
Daripada hadis-hadis di atas Nabi menggalakkan untuk menziarahi ketiga-tiga masjid yang bersejarah iaitu Masjidil Haram di Mekah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Palestin. Di samping itu, baginda menggalakkan juga kepada umat Islam sama ada yang tinggal menetap di Mekah, di Madinah atau yang datang dari seluruh dunia untuk mengerjakan ibadat haji kemudian mengerjakan sembahyang sebanyak-banyak yang dapat di kedua-dua masjid yang mulia itu bagi mendapat pahala yang berganda-ganda.
Dalam sebuah hadis lagi ada menerangkan pula secara khusus kelebihan
orang yang mengerjakan sembahyang di masjid Nabi sebanyak 40 waktu
berturut-turut iaitu Ertinya: Dari Anas bin Malik Radhiallahu Anhu,
Rasulullah Sallallhu ‘alaihi Wasallam bersabda;
Sesiapa sembahyang di masjidku 40 sembahyang (dengan syarat) ia tidak ketinggalan dalam satu sembahyang (waktu) pun, nescaya akan ditulis baginya kelepasan dari api neraka, dan kelepasan dari azab siksa dan (ia juga akan bersih) dari sifat munafik.
Biasanya orang-orang yang pergi menunaikan haji dan menziarahi masjid
dan makam Nabi di Madinah, untuk mendapatkan kelebihan ini mereka akan
tinggal di Madinah selama 8 hari sekurang-kurangnya iaitu untuk
mengerjakan sembahyang dalam 40 waktu selain daripada mengerjakan
sembahyang-sembahyang sunat yang dituntut.
Mengenai kelebihan Masjidil Aqsa pula ada diterangkan dalam hadis-hadis yang lain yang bermaksud,
Satu sembahyang yang dikerjakan di masjid itu lebih afdhal daripada 500 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah
Demikianlah kelebihan ketiga-tiga masjid itu iaitu satu sembahyang yang dikerjakan di Masjidil Haram lebih afdhal daripada 100,000 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjid Nabi di Madinah dan Masjid Aqsa di Palestin, dan satu sembahyang yang dikerjakan di Masjid Nabi (di Madinah) pula lebih afdal daripada 1,000 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain (kecuali Masjidil Haram dan Masjid Nabi) sementara satu sembahyang yang dikerjakan di Masjidil Aqsa (di Palestin) lebih afdhal daripada 500 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain (kecuali Masjidil Haram dam Masjidil Nabawi).
Di samping itu, Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi
Wasallam telah mengakui bahawa Masjid Quba’ adalah sebuah masjid yang
dikasihinya dan kerap kali baginda menziarahinya serta sembahyang di
dalamnya.
Abdullah bin Omar Radiallahu Anhu ada meriwayatkan “adalah Nabi
Sallallahu ‘alaihi Wasallam selalu berziarah ke Masjid Quba’” dan satu
riwayat lagi menyatakan Rasulullah berziarah ke Masjid Quba’ setiap hari
Sabtu, kadang-kadang menunggang unta dan terkadang-kadang berjalan kaki
serta menunaikan sembahyang sunat dua rakaat di dalamnya.
Usaid bin Zahir Radiallahu Anhu pula meriwayatkan sebuah hadis yang
maknanya “satu sembahyang di dalam masjid Quba’ diberi pahala seperti
menunaikan satu ibadat umrah.”