Stress bermula apabila di hati kita wujud perasaan tidak puas hati, geram dan marah dengan situasi yang terjadi. Anda jadi stress sebab Anda tertekan memikirkan situasi yang akan Anda
 lalui juga situasi yang telah Anda lalui. Anda stress sebab Anda tidak 
suka dengan perangai seseorang. Anda merasa stress kerana tidak senang 
memikirkan sikap sesetengah orang yang Anda kenali.
Ada
 beberapa cara bagaimana menangani stress dalam pergaulan dan 
perhubungan sesama kita. Jika Anda berada dalam situasi di mana Anda terpaksa berhadapan dengan orang yang Anda kurang senangi, caranya pasang niat di dalam hati.
Niatkan
 Anda mahu berbaik-baik dengannya. Pastu tenangkan diri. Lafazkan niat 
sekali diiringi dengan ketenangan, katakan “aku mahu berbaik-baik 
dengannya, aku mahu merasa senang dengannya”.
Anda
 akan perasan selepas beberapa minit Anda memasang niat tu di dalam 
hati, dia akan baik-baik saja dengan Anda walau hakikatnya Anda kurang 
senang dengan orang itu kerana sikapnya, perangainya, kata-katanya atau 
mungkin dia pernah memarahi Anda hingga Anda merasa kurang enak 
berdekatan dengan dia.
Sebagai
 contoh, jika Anda seorang staff bawahan dan Anda merasa kurang senang 
bila bos Anda ada berhampiran dengan Anda kemudian Anda pula merasa 
stress dengan kehadirannya, gunakan cara ini. Pasang niat di dalam hati 
Anda mahu berbaik-baik saja dengan bos Anda, selepas tu tenangkan diri. 
Tak semua orang selesa bergaul dengan bos sendiri.
Minda separa sedar Anda
 bekerja dengan cukup baik dalam keadaan emosi Anda tenang. Bila Anda 
sudah pasang niat mahu berbaik-baik dengan seseorang, niat di hati tu 
akan naik ke minda sedar Anda lalu di serap masuk ke dalam minda separa 
sedar. Anda perlu bertenang untuk memudahkan niat tadi diserap masuk 
dengan mudah ke dalam minda separa sedar. Jika Anda tidak bertenang, 
niat itu akan terhalang dari diserap masuk.
Bila minda separa sedar sudah faham Anda mahu berbaik-baik dengan orang tadi tu, serta merta minda separa sedar akan menerbitkan gelombang positif .
Gelombang
 ni keluar dari minda Anda, terlepas ke persekitaran Anda lalu diserap 
masuk oleh minda orang-orang di sekeliling Anda. Orang yang Anda kurang 
senangi tadi akan menyerap masuk gelombang yang terbit dari minda Anda kerana dia berada berhampiran Anda.
Gelombang minda Anda yang diterima oleh mindanya akan diserap masuk lalu turun ke dasar hatinya.Apa yang ada di dasar hatinya itulah yang akan mempengaruhi emosinya, kata-katanya dan perbuatannya.
Hatinya
 mempengaruhi emosinya. Dia akan merasa senang dengan Anda walaupun 
sebelum ni dia ada perasaan kurang senang dengan Anda.
Inilah caranya bagaimana Anda menjangkitkan perasaan positif, emosi positif dan fikiran positif pada
 orang lain di sekitar Anda. Puncanya adalah Anda,semuanya bermula dari 
Anda. Untuk Anda nak berbaik-baik dengan orang, Anda kena baik hati, 
Anda kena pasang niat mahu berbaik-baik dengannya.
Cara ni langsung tidak akan berkesan jika di dalam hati Anda ada kebencian, dendam, rasa tidak puas hati, rasa tertekan, rasa tidak senang dan rasa marah. Jika semua perasaan ni ada walaupun sedikit, ia akan menggagalkan teknik tadi serta merta.
Sebelum
 tidur dan selepas bangun, amalkan istighfar banyak-banyak , mohon ampun
 pada Allah sebab Anda berisiko untuk menyakiti orang lain dengan merasa
 benci dengannya atau tidak suka dengannya secara tidak sengaja tanpa 
Anda sedari.
 Allah
 tidak suka orang yang benci-membenci, kesannya Anda akan mendapat 
kemurkaan Allah, Anda akan mendapat musibah sebagai balasan atas 
perbuatan Anda.
Allah
 tidak suka orang yang benci-membenci, kesannya Anda akan mendapat 
kemurkaan Allah, Anda akan mendapat musibah sebagai balasan atas 
perbuatan Anda.
Maafkanlah kesalahan-kesalahan yang orang lain lakukan pada Anda. Kenapa? Supaya hati Anda bersih sentiasa.
Bila
 hati sudah bersih, Anda senang untuk bergaul baik dengan orang-orang di
 sekeliling dalam apa jua situasi. Mereka juga akan merasa senang dengan
 Anda simply sebab Anda ada aura yang menyenangkan.
Aura adalah gelombang tenaga yang berada di sekeliling badan Anda.
Aura terbit dari minda separa sedar. Minda separa sedar pula di pengaruhi oleh hati dan fikiran Anda.
Itulah sebabnya amat penting sekali Anda menjaga kebersihan hati dan kepositifan fikiran supaya Anda senang ‘ngam tune’ dengan sesiapa sahaja.
Jika
 Anda merasa benci dengan seseorang, secara automatik orang tu akan 
benci dengan Anda. Dia akan merasa kurang senang dengan Anda secara tak 
semena-mena.
Dia
 tak tahu kenapa. Apa yang dia tahu, dia merasa timbulnya rasa benci, 
meluat, kurang senang. Semua tu timbul secara tiba-tiba.
