Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat
besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj.
Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama
seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj
& Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin
Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah
menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan
keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda
besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.
Pages
- Home
- Sejαrαh Dunīα | Kemunculαn Tokoh Dαn Perkembαngαn Islαm
- Documentαry | Dīscovery & Islαmīc Movīe
- Tαzkīrαh | Kīsαh Tαulαdαn
- Nαsyeed | Islαmīc Muzīc | Songs + Lyrīcs Dαn Vīdeo
- Kebesαrαn | Kekuαsααn Dαn Keαgungαn Allαh
- Nukīlαn Puīsī | Syαīr | Sαjαk Dαn Pαntun
- Motīvαsī | Renungαn Dαn Inspīrαsī
- Konspīrαsī | Pαrαdīgmα Dαn Islαm
- Bαcααn Al-Qurαn | Doα Dαn Zīkīr
- Menαrīk | Pelīk Dαn Hebαt
- Kīsαh Nαbī | Rαsul Dαn Sαhαbαt
- Tonton Movīe Full Onlīne
- Informαsī | Fαktα Unīk
- Gαmes Onlīne
- Tīps | Petuα
- Softwαre
- Iklan Artikel PingJe! | Oh!Belog.com | Busuk.org | Kartikel
- Chat & Shout Room!
- Senαrαī Artīkel
- Music Player
- Tukαr Līnk!
- About Me
30 April 2013
Ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dan dihormati dalam
institusi keluarga. Mereka banyak berkorban dalam membesarkan dan
memberi didikan kepada anak-anak. Mereka tidak pernah meminta atau
mengharapkan balasan atau bayaran terhadap penat lelah, pengorbanan dan
kasih sayang yang mereka berikan.
Ceramah Imam Mahdi Dan Kembalinya Khilafah (With Subtitle)
Agama Yahudi, Kristian dan Islam, ketiga-tiga agama samawi ini mempunyai konsep tanah suci.
Ketiga-tiga
agama ini juga mempunyai ramalan (wahyu) akhir zamannya masing-masing
yang mana kemuncaknya ialah sejarah berakhir dengan agama masing-masing
adalah agama yang benar yang akan mengatasi segala kejahatan dan ketidak
adilan didunia. Sejarah dunia berakhir dengan kebenaran mengatasi
kejahilan.
29 April 2013
28 April 2013
Biografi
ini adalah permintaan daripada seorang akhi. Tetapi biografi seorang
pendebat Islam terkenal dan tiada tandingan abad ini iaitu Ahmad Deedat.
Ahmad Deedat dilahirkan di Surat, India, pada tahun 1918. Beliau tidak dapat kekal bersama dengan ayahnya sehingga tahun 1926. Ayahnya adalah seorang penjahit, akibat dari profesionnya itu telah berhijrah ke Afrika Selatan tidak lama setelah kelahiran Ahmad Deedat.
Tanpa pendidikan formal dan untuk menghindari dari kemiskinan yang amat larat, Ahmad Deedat telah pergi ke Afrika Selatan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik bersama ayahnya pada tahun 1927. Perpisahan Deedat dengan ibunya pada tahun kepergiannya ke Afrika Selatan untuk menyusul ayahnya itu adalah saat terakhir ia bertemu ibunya dalam hidupnya kerana ibunya telah meninggal dunia beberapa bulan kemudian (dari tarikh penghijrahan Deedat bersama ayahnya ke Afrika Selatan).
Ahmad Hussein Deedat dilahirkan pada 01hb Julai 1918 di Surat, India.
Beliau lahir di dalam sebuah keluarga yang miskin. Pada tahun 1927,
beliau berasal dari keluarga yang miskin. Beliau telah berhijrah ke
Afrika Selatan pada tahun 1927 iaitu pada ketika berusia 9 tahun untuk
tinggal bersama-sama ayahnya.
Sultan Mehmet, learns of his father Murat II’s death knell when he was
Sanjak of Saruhan. This left him with grief and paved the way for his
ascension of the throne once again, after the death of his brother Osman
Erciyes. When Sultan Mehmet had first ascended the throne, he was 12
years old. Murat II, was suffocated from political hostility of his
margraves and viziers, relinquished the throne by the impact of his deep
grief because of his beloved son Alaaddin’s death and enthroned Mehmet.
Alexander Pertz dilahirkan dari kedua orang tua
Kristian pada tahun 1990. Sejak awal ibunya telah memutuskan untuk
membiarkannya memilih agamanya jauh dari pengaruh keluarga atau
masyarakat.
Apabila dia boleh membaca dan menulis, maka ibunya memberi untuknya
buku-buku agama dari seluruh agama, baik agama langit atau agama bumi.
Setelah membaca buku-buku secara mendalam,
Alexander memutuskan untuk menjadi seorang muslim. Padahal ia tak pernah bertemu muslim seorangpun.
Alexander memutuskan untuk menjadi seorang muslim. Padahal ia tak pernah bertemu muslim seorangpun.
Dia sangat cinta dengan agama ini sampai pada tahap dia mempelajari
solat, dan mengerti banyak hukum-hukum syar’i, membaca sejarah Islam,
mempelajari banyak kalimat bahasa Arab, menghafal sebahagian surah dan
belajar azan.
Diam?? ada rahsia di sebalik nya.Lebih baik diam dan Low profile..
Kita asyik berbicara setiap masa.. Bicara yang baik membawa kepada
keselamatan dan kebaikan pada orang lain. Jika bicara tidak mengikut
adabnya.. kerana mulut badan binasa! kita akan merana dunia dan akhirat.
Lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara
sesuka hati dan sia-sia. Oleh itu DIAM adalah benteng bagi lidah manusia
macam kita daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia..
Dari Abu Hurairah r.a. katanya:
“Bertanya orang banyak kepada Rasulullah s.a.w: “Apakah kami akan melihat Zat Allah di hari kiamat kelak ya Rasulullah?” Jawab baginda: “Apakah kamu terhalang memandang bulan purnama raya?” Jawab mereka itu: “Tidak!”. Berkata pula Rasulullah s.a.w: “Adakah kamu sukar melihat matahari ketika tidak awan menutupinya?” Jawab mereka itu: “Tidak tuan!” Maka berkata Rasulullah s.a.w: “Demikianlah jelasnya kamu akan dapat melihat Allah kelak.”
Kisah Qarin – Jin Kembar / Jin Pendamping Manusia
Pernah tak korang dengar tentang jin yang bernama Qarin atau Karin ni. Dikatakan jin ini akan dilahirkan bersama-sama manusia tetapi bila manusia mati,jin karin ni tak mati. Betul ke? Jom kita baca dengan lebih lanjut tentang kisah karin, yang dikatakan jin kembar kepada manusia ni.
27 April 2013
P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak
Puteh dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri
bersamaan Rabu , 22 Mac 1929.Bapanya seorang ahli pelayaran yang berasal
dari Lho’Seumawe , Acheh telah berkahwin dengan Che Mah binti Hussien
pada tahun 1925 di Kubang Buaya , Butterworth.
Gerhana bulan separa telah berlaku pada 26 April 2013 dan dapat dilihat di Malaysia mulai jam 2 pagi.
Firman Allah,
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan
siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari
dan janganlah pula sujud kepada bulan dan sebaliknya hendaklah kamu
sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betul kamu hanya menyembah
kepada Allah." (Fussilat: 37)
“kulit berwarna merah jambu seolah-olah ia kelihatan seperti sejenis babi yang gagal dari eksperimen genetik”
Baka anjing pelik telah dilihat merayau di sekitar jalan-jalan Xinxiang
di Wilayah Henan, Tengah China, mencetuskan kebimbangan dimana ia telah
terlepas dari sebuah pusat penyelidikan perubatan yang berdekatan.
Apabila disebut bangsa Yahudi, maka tergambarlah sekumpulan manusia yang
hidup di banyak tempat di dunia dengan Israel sebagai negara mereka. Sebahagian besarnya menganut agama Yahudi, berketurunan Yahudi;
sebahagian kecil pula betutur bahasa Ibrani, sebagai bahasa rasmi
Israel, dan penentu agenda politik adalah mereka yang berfahaman
Zionisme.
Kibaran kali pertama bendera Palestin di Perhimpunan Agung Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat 30 November
lalu menjadi detik bersejarah buat lebih 4.3 juta rakyatnya. Kibaran
yang menjadi simbolik penyertaan Palestin sebagai sebuah negara
pemerhati bukan anggota badan dunia itu disambut dengan air mata
kegembiraan. Laungan kalimah suci 'Allahuakbar' bukan sahaja bergema di
New York, tetapi lebih gamat di seluruh Palestin
Hari Kiamat adalah kepastian. Tidak hanya Islam yang meyakini hari akhir, tetapi juga beberapa agama lain. Kiamat akan selalu ditandai dengan beberapa peristiwa menjelang hari kehancuran alam semesta tersebut. Akhir zaman seringkali digambarkan sebagai suatu masa yang diwarnai oleh kesusahan, peperangan dan konflik kemanusiaan sehingga datangnya Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa yang akan membunuh Dajjal. Ini tanda-tanda kiamat yang dipercaya oleh kaum Yahudi dan Syiah.
Setiap orang adalah individu yang unik. Setiap orang juga
bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri untuk menemukan misi hidupnya
agar boleh memaksimakan tahap pencapaian dan kepuasannya. Tentunya akan
sangat baik bila kita bekerja di bidang yang paling sesuai dengan
keunikan kita. Ibaratnya menjadi ikan dalam air, atau burung di udara.

Earth Hour mulanya adalah sebuah program kempen khas selama 60 minit yang diwujudkan bagi menyedarkan penduduk dunia tentang masalah kepanasan global yang makin meningkat. Kira-kira berpuluh negara mula menyedari kebaikan dan manfaat program ini lantas mengalakkan rakyat mereka untuk bersama dalam menjayakan program ini. {1} Malaysia mula mengikuti program Earth Hour bermula tahun 2009 yang lalu.
"Seandainya
nilai dunia ini disisi Allah sama nilainya dengan sayap seekor nyamuk,
nescaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir walau
seteguk air pun."
Kesedihan adalah satu fitrah yang Allah ciptakan kepada
hambaNya.Kadangkala kesedihan mampu membuat kita kembali kepadaNya, dan
kadangkala juga kesedihan membawa kita jauh dariNya. Semuanya berlaku
kerana izin Allah Ya Rabbul Izzati. Maka kemanakah tempat terbaik untuk
kita mencurahkan kesedihan agar ia tidak menjadi perkara yang sia-sia?
Para pembaca, semoga Allah Subhanallahu wa Ta’ala merahmati kita semua.
Kehidupan yang dialami oleh seorang manusia di dunia ini bukanlah sebuah
kehidupan yang terus-menerus tiada berujung dan tiada penghabisan. Ia
adalah sebuah kehidupan yang terbatas, berujung dan akan ada
pertanggungjawabannya. Allah Subhanallahu wa Ta’ala berfirman (artinya):
“Setiap jiwa yang bernyawa pasti akan merasakan kematian.” (Ali ‘Imran: 185)
Ahad, 4 Rabi'ul Awwal 11 H (Seminggu sebelum wafat)
Rasulullah baru saja kembali dari ziarah maqam para sahabat (baqi '), ketika Jibril menemui Beliau dan mengajukan dua pilihan. Apakah Rasulullah menginginkan dunia dan segala isi kandungannya, atau bertemu Allah SWT? Dan Rasulullah Saw memilih pilihan kedua.
"Aad" adalah nama bapa suatu suku yang hidup di jazirah Arab di suatu
tempat bernama "Al-Ahqaf" terletak di utara Hadramaut antara Yaman dan
Umman dan termasuk suku yang tertua sesudah kaum Nabi Nuh serta terkenal
dengan kekuatan jasmani dalam bentuk tubuh-tubuh yang besar dan sasa.
Mereka dikurniai oleh Allah s.w.t. tanah yang subur dengan sumber-sumber
airnya yang mengalir dari segala penjuru sehinggakan memudahkan mereka
bercocok tanam untuk bahan makanan mereka dan memperindah tempat tinggal
mereka dengan kebun-kebun bunga yang indah-indah. Berkat kurnia Allah
s.w.t. itu mereka hidup menjadi makmur, sejahtera dan bahagia serta
dalam waktu yang singkat mereka berkembang biak dan menjadi suku yang
terbesar diantara suku-suku yang hidup di sekelilingnya.
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata:
“Rasululah s.a.w telah
berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak
menyentuh masalah Dajjal”
Baginda telah bersabda:
“Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di
muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh
Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya
tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat
yang terakhir Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan)
kamu.
Luqman itu adalah anak kepada Faghur bin Nakhur bin Tarikh (Azar),
dengan demikian itu Luqman adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s.;
atau dikatakan juga Luqman itu anak saudara kepada Nabi Ayub a.s.
Diriwayatkan juga bahawa Luqman telah hidup lama sampai seribu (1,000)
tahun sehingga dapat menemui zaman kebangkitan Nabi Daud a.s., bahkan ia
pernah juga menolong Nabi Daud a.s. dengan memberikan kepadanya Hikmah
atau kebijaksanaan. Luqman pernah menjadi Kadi, yakni hakim, untuk
mengadili perbicaraan kaum Bani Israel.
RECENT POSTS
Top Popular Posts
-
Perang Vietnam atau juga dikenali Konflik IndoChina dipercayai berlangsung pada 1955 dan tamat secara rasmi 19 tahun kemudian iai...
-
Setiap jenama mempunyai sejarah yang tersendiri. Sebelum mereka muncul sebagai sebuah barangan yang menjadi kegunaan ramai, mere...
-
Wahai Para Da’i Islam! Carilah kematian nescaya anda akan dikurniakan kehidupan. Janganlah anda sampai tertipu oleh angan-angan kalian...
-
Valley of the Wolves: Palestine (Turkish: Kurtlar Vadisi: Filistin ) is a 2011 Turkish action film directed by Zübeyr Şaşmaz. The story...
-
Usul 20 atau Usul 'Isyrin, sepertimana yang terdapat di dalam Risalah at-Ta’alim oleh Imam Hasan Al-Banna, adalah menjadi ...
-
Masjid Djenné yang terletak di Djenné , Negara Mali di dataran banjir sungai Bani. Masjid ini tidak kelihatan seperti masjid biasa dan i...